Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

June 30, 2018

Anak angkat?

Assalamualaikum wbt...

Post ttg my ttc journey nanti I sambung balik.Ada info yg perlu di confirmkan balik.

Tapi ada satu isu yang sering ditanya oleh orang keliling kepada kami setelah usia perkahwinan kami lebih 5 tahun. Baru genap 5 tahun pd May haritu.

"Kenapa tak ambil anak angkat?"
"Tak berminat ke ambil anak angkat atau anak susuan?"
"Dah 5 tahun ni, ambillah anak angkat"

Disusuli dengan,

"Kawan akak macam korang lagi lama tak kahwin. Ambil anak angkat.Terus lekat anak sendiri."

"Tu hah Si.X rezeki murah selepas ambil anak angkat"

"Ambil anak angkatlah.Anak ni pembawa rezeki dan tuah blablabal. Adik aku blablabla"

Sejujurnya, I dan suami pernah buat keputusan sekiranya perkahwinan kami mencecah 5 tahun dan masih tidak dikurniakan zuriat,maka kami cadang untuk ambil anak angkat dan di jdikan anak susuan.

Idea anak angkat/susuan kami dah fikir dulu dari orang yang mencadangkan. Akan tetapi, setelah berbincang kembali,kami putuskan utk hold dlu atas beberapa sebab;

1)Kami pjj secara tidak tetap.Kadang2 dua mggu sebulan, kadang2 sminggu sebulan kerana tuntutan belajar.

Kadang2 I ada urgent matter di Kuantan yg memerlukan I rush to Kuantan. Samada dengan husband or not.

2) Mampu. Jika mampu itu dikira atas soal duit sahaja maka kami secara kasarnya mampu tapi sekiranya mampu itu dilihat 360 darjah,  kami tidak sebenarnya. Dari segi emosi, masa, kesihatan dsb.

3) Kami baru shj memulakan rawatan secara intensive di klinik kerajaan yg mana I akan cerita kemudian dan I sangat positif tentang rawatan ini. Walau apa pun, kami percaya...KUN FAYAKUN.

Sekian,terima  kasih.

July 27, 2016

Cerita HOT Raya 2016

Assalamualaikum wbt..

Hi guys..How are u doing so far? It's not too late to wish SELAMAT HARI RAYA all. Mintak ampun dan maaf if my words here hurts some of u or annoy u. Kosong-kosong?

So, tahun ni turn raya kampung husband!So far kami still follow the rule/turn. Secara kebetulan jugak MIL admitted in HUSM Kubang Kerian for 24 days. Then, a day before raya baru boleh balik. So,kami tak adelah rushing2 untuk balik raya. Raya tahun ni sangat berbeza.Its not raya sahaja tapi puasa sebab mostly tak dpt buka puasa kat umah.Most of the day berbuka dgn family di hospital.But its okay.New experience.

Lets get back to the main story.

Hari raya sememangnya hari yg kita tunggu dan ternanti2 every year.Tak sabar nk berkumpul adik beradik dan family.Jumpa sepupu sepapat jauh pon time raya lah kan.Dalam suka tu for person like me ada jugak rasa berdebar.Terutama bila kita nak jumpa sedara mara yg kita dah tahu bakal tanya soalan maut.Rasa kalau boleh xnak pegi beraya umah beliau.

My story is...

Since my MIL just back home from hospital, so tetamu yg dtg beraya kt umah MIL sgt ramai.The consequence is i dan hubby dont have so much chance to go beraya. So i feel a bit secure.

Tp,believe it or not manusia ni unpredictable.

I dont want to mention who he/she is. And i wont tell the whole conversation here. But, the sentences that make me mad (but in control) are...

'Jangan salahkan Tuhan.Salahkan diri sendiri sebab tak berusaha dapat anak!'

It was a conversation between him/her and my husband but i coincidently came in.

I dont know what my husband reply back but i said to him/her,

'I will not announce to people what i do, what are our efforts. And how come to said kami tak berusaha hanya kerana kami masih belom dikurniakan zuriat?'

That person keep in silence afta that.

And i got mad for that 2 minutes only.hahaha

Listen people,

Dont be so judgemental.Awak tak tahu apa yg kami lalui hari2..Awk tak tahu ape yg insan2 seperti kami lalui hari2 until anak2 awk sendiri or urself sendiri alami.Believe me!Awk tak tahu dah berapa ribu duit kami habis untuk rawatan,ubat dan supplement.So,please dont judge.

Paling sedih..yg bagi statement maut tu pernah alami hal yg sama.

SEE.....manusia mudah lupa KAN?

Till then...see yah!

March 6, 2016

Berkongsi kegembiraan.

Assalamualaikum wbt..

How are you everybody?Heyyy..I just passed my viva-voce last 2 weeks! Tapi cerita harini bukanhal viva..Viva post lain once I siapkan correction.

Last week dapat berita gembira one of my friend conceive!She's expecting!Syukur alhamdulillah.Im so happy for her. Knowing all their efforts to get one,MasyaAllah. Dan aku dan suami sesungguhnya belom sampai ke tahap itu.

It's not saying, we did nothing but belom sampai dan segigih mereka. For now,aku planning nak mengurut (dah lama plan sebenarnya) cuma aku takut.Sbb selalu diceritakan sakit. But,skrg tekad nk mengurut. Sakit tu kita fikir lain kali. Hadap je dulu.

That's one story..

Wassalam..

Thanks for reading




December 22, 2015

Ujian.

Assalamualaikum wbt..

Awal-awal aku tak nampak,kenapa Allah uji aku sukar dapat zuriat.
Aku selalu ter tanya-tanya pd suami,kenapa kita b?
Sampai bila Allah nak uji kita.Ayang penat b.

Sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.
Allah menjawab sedikit demi sedikit persoalan aku.
Walau masih ada yang belom terungkai sepenuhnya.
Aku pasti ia akan terjawab suatu hari nanti.

Pada diri aku sendiri, masih banyak ilmu yg perlu aku gali
Bukan sekadar ilmu menjadi ibu belum cukup
Ilmu untuk aku menjadi contoh terbaik pada si anak masih belom lengkap

Terima kasih pada saudara terdekat, rakan-rakan mahupon sesiapa shj..
Terima kasih kerana sudi memberi anak-anak kalian utk kami menumpang kasih
Terima kasih anak kerana memberi senyuman dan wajah yang membahagiakan
Sedangkan kami bukan ibu bapa mu terasa tenang melihat wajahmu anak kecil
Apatah lagi bagi seorang ibu bapa
Moga saat itu datang pada kami jua

Bila diri ini terasa sukar
Pujuk hati,ini ujian..
Tiada ujian yang mudah.

p/s: Azam 2016, have a baby.

December 17, 2015

TTC Journey

Assalamualaikum wbt again..

Haihh..byk post dlm sehari kan? Yelah banyak bnde aku nk qada cerita.Setahun kot aku tak menulis apa-apa. Banyak ni nk tulis. Sebelom aku lupa or one day nyayuk, let;s write!

As for today aku dah kawin for 2 years, 6 months, 3 weeks and 2 days. Wahhh lame dah korang kawen.Tapi tak dapat anak lagi?Kata seseorang. Kata-kata seperti itu mungkin menyentap naluri wanita aku suatu ketika dahulu, tapi tidak lagi sekarang. Aku sudah lali. Telinga aku dah kebas dari soalan-soalan seperti itu. Atas nasihat orang yang lebih berpengalaman, aku rasa aku dah tak amek port atas caci maki kutukan orang. Setiap kali orang kata or tanya isu anak,aku elakkan diri dr on FB. Yes dlu mmg status-status sentap aku post on my FB. Ada yang faham dan  dah tak tanya. Dan ada yang masih tak paham (banyak makan semut kot?) dan keep asking.

Okay..cerita my TTC utk years 2015. Tahun 2014, aku jumpa gynea.Doc sahkan aku ada endo (google endometriosis). Tapi size tak besar 3x4 cm approximately. Gynea cakap tak perlu operate sebab size kecik. Even size kecik, tp aku ade 3 cyst. Right and left ovary. Doc said again, i can pregnant normally.Doc just bagi ubat tahan sakit since aku mmg jenis senggugut kuat rasa mcam nak pitamtu ha..kdg2 mmg pitam pon. muntah-muntah. Sampai mertua ingt aku preggy tau sbb aku loya muntah mcm org bunting.haaa....hazab dik non.

so nak masuk 2nd anniversary still tak pregnant.Sedih mmg sedih weyy. Tak tahu nak cakap sedih tu. Tp sekali lagi, aku pegi jumpa gynea. Doc scan, cysts dan membesar pon, in fact ade yg makin kecik tp tulah tak ada rezeki lagi. Aku bukan jenis yg jaga makan sgt. Tpi alhamdulillah, cyst tak membesar.Then, Doc decide to remove the cyst tapi bukan dengan cara operate tapi makan ubat. Maka bermula fasa-fasa payah dalam hidup aku setakat ini. Diberi ubat perancang for 3 cycles. Siapa yang pernah makan ubt perancang tahu lah kan macamna.

Sgt cepat nak marah (suami jd mangsa). Selera makan bertambah2 (sebab tu gemok weyyyy). Period haywire. Period tak datang on-time. Kalau datang 15 hari tu lebih.Sakit pinggang tok sah cakap, Dengan aku sibuk thesis writing,bulan puasa, nak raya lg. Mmg mencabar sangat. Mmg kuat sentap masa ni. Rasa mcm byk sgt derhaka dgn suami msa ni. Nseblah husband ada kuasa sabar yg power.

Tapi,selepas kesusahan ade sinar kegembiraan. Lepas 3 bulan, pegi scan cysts dah hilang. Sangat gembira masa tu. Tapi,selepas tu i'm on clomid for 3 cycle. Bila makan clomid, sama jugak mcm makan pil perancang. Lastly, aku give up. Aku amek clomid utk 2 cycles shj. Rasa tak mampu dah. Sbb masa tu waktu genting utk aku siapkan thesis. And i decide to stop any treatment for a while. No ubat, no supplement. Just minum air lemon dgn madu and air detox utk kesihatan dalaman. Nanti, dah selesai semua, kita usaha cara lain pulak kay.

Selepas cysts tak ada apa aku rasa?
Happy terlajak happy. Dan no more period pain. No more muntah-muntah bagai. Bila tiba waktu, i can enjoy mu mense time.hahaha

So ladies out there, 
Kalau korang ada rasa kelainan pada diri korang esp ttg haid, pregnancy etc. Have a check! Tak kira dah kawin or not..have a check. It not about to get pregnant itself, tapi utk kesihatan diri. Kalau diri tak sihat macmana nak beribadah dengan sempurna kan?

Sekian,terima kasih...Hope membantu.

p/s;
Gynea yg saya maksudkan ialah Dr.Zul from Klinik Pakar Darul Iman, Nyior 7, Jerteh, Besut, TRG. Bayaran dikenakan berpatutan..Korang boleh google2 simptoms endometriosis nih kay!

p/s:
People yg ingat i've do nothing.This is for u!


February 17, 2015

MY FEAR..will it comes?

Assalamualaikum wbt.Salam sejahtera.

3 months left for our next anniversary (2nd anniversary).Honestly,aku tak expect aku akan menunggu selama ini untuk seorang zuriat.Selepas setahun berkahwin aku beranggapan dan bersangka baik.Mungkin Allah akan beri zuriat pada tahun kedua perkahwinan aku.Sangkaan aku meleset.Jauh menyimpang sebab aku lupa.Yang Maha Merangcang bukan aku,tapi Dia.

Lately,to be honest aku banyak berendam airmata.Sampai suami hairan.Aku berendam airmata lebih dari BIASA!Maafkan isterimu sayang.Perasaan aku betol-betol serabut.rasa rendah diri sebab tak dapat memberi zuriat pada suami tu makin lama makin menghantui. Lebih-lebih lagi masa pulang ke kampung untuk majlis perkahwinan adik aku haritu,suami request sebelom balik nak main dgn baby Ilyas(sepupu aku).Kau tahu apa aku rasa tatkala tengok suami aku main dgn baby?Allah sahaja yg tahu.Aku rasa aku tak berguna utk dia.Aku tak boleh bagi kebahgiaan memiliki sorg anak pd dia.

Dan aku gembira bila dikhabarkan ttg berita bff dah bersalin.Sangat gembira tapi disebalik rasa gembira tu sejujurnya aku cemburu.Aku kepingin sorg zuriat.Tengok bff boleh usap-usap baby dia.Ya Allah bestnya.Aku nak rasa semua tu.Dulu aku selalu berdoa biarlah rezeki anak tu datang tatkala aku selesai masters tapi sekrang BERUBAH.Aku dah tak kisah if i had to quit my study asalkan aku boleh bagi zuriat kat suami. I dont care anymore!

At some extend, i whispered to my husband.I said I redha if you kahwin lain for a baby.For your zuriat.I know my husband not financially stabil but if so,i sanggup.Anything I will sacrifice for you but not you to sacrifice your dream sayang!

Till then.i nk continue berendam airmata.Kat lab pon lab lahh.Tak ada org jugak.

Wassalam


November 25, 2014

Pray for ME!

Assalamualaikum wbt dan hi all..

For today I just post something on my FB to make things clear.Hoping that people around me understand.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Perkahwinan itu sunnah.

Namun jangan dicela pada yang masih belum bertemu jodoh.
Pada yang sudah punya pilihan hati,berdoalah semoga dipermudahkan ke jalan yang halal.
Begitu jugalah pada yang sudah berkahwin.Umum mengetahui tujuan perkahwinan adlah untuk membentuk sebuah rumahtangga muslim dan meramaikan umat Muhammad.Namun,jangan dicela dan jangan mengherdik pasangan yang belum diberi rezeki dan kemampuan meramaikan umat Muhammad.Pasti terselindung satu hikmah disebalik sebuah kejadian.Berdoalah mereka diberi 'rezeki' seperti anda.
Hindarilah dari riak dgn rezeki anak yang diberi kerana anak itu amanah bukan bahan untuk menunjuk kehebatan diri.

Elakkan bertanya soalan yang sensitif pada rakan-rakan yang masih belum diberi rezeki anak.Soal kesuburan dan kemandulan contohnya. Yang tidak melaluinya mungkin tidak memahami.Beringatlah.Anda juga punya anak.Anda juga semestinya inginkan cucu penyambung generasi.Berfikirlah sejenak sekiranya hal seperti ini terjadi pada keturanan kalian di masa hadapan.

Saya berbicara kerana saya rasa segelintir dari kalian mungkin tidak memahami isu ini.Isu Qada' Qadar.Duduk dan fikirlah sejenak.Mungkin cara ini Allah ingin menguji kami.Kami redha.Dan mohon jangan permainkan 'keredhaan' kami pada ujian Ilahi ini.Mohon jangan jadikan kami bahan sendaan kalian sedangkan kalian tidak tahu betapa susahnya kami berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

Mohon maaf atas segala salah silap.Dan mohon doakan kami juga diberi rezeki seperti anda.Sekiranya ditakdirkan tidak diberi rezeki anak lagi,mohon doakan kami menjadi hambaNya yang bersabr.
Sekian,terima kasih.Terima kasih pada yang sudi membaca.

November 24, 2014

Keep calm and continue TTC.

Assalamualaikum wbt and good morning all!

Hope every in pink of health.And here, the owner speaking through hands again!As I already mention in previous post that I'm 1 years and 6 months married.And for now still trying to conceive (TTC).What I will share today is about what I had done for my TTC journey.

First of all, frankly speaking it is not easy to be a TTCian. Especially when you already trying for months and people surround you keep asking,WHEN,WHEN,WHEN,WHEN.Then, when your marriage reach one year age,people keep asking WHY,WHY,WHY,WHY,WHY. So,it is important that you and your couple to support each other.Don't blame your partner. It will be the saddest story in the world if your husband put the blame on you.Why I said husband?Because normally people will put blame on women when it comes to this problem. In short, the first thing I do for my TTC journey is get support from husband and my mother. Alhamdulillah both my beloved one are really understand and my mother especially is a best supporter ever. During my hard time facing 'hard question' from people,mom always gave me advice "Rezeki is everywhere.It will come at the right time.Keep calm and be patient". While the husband is always be the shoulder to cry on. If I can measure how many tears shed on his shirt.Thanks B.

Secondly, I seek doc for advice. Last June I when to see Specialist on O&G and doc found out that I'm...

To be continued...

April 7, 2014

My everyday.

Assalamualaikum wbt..

Kerana entry aku semalam, aku tak sedap duduk sebenarnya.memikirkan macam-macam pandangan org.

'Ouh,,desperatenya dia'
'Alah rilek lah kau tak sampai setahun pon lagi.org laen bertahun kot'
'Alah..be positif.Abaikan kata-kata org'

Dan macam-macam lagi aku fikir.
Katanya suami aku over-thinking.Sbb tu selalu stress.-_-

Beginilah..meh aku cerita.

Selepas aku going-back-for-good sebenarnya aku memang berniat.

'This is the right time for me to TTC'

Then bila fikir komitmen study,aku pulang ke pangkal jalan.Sambung niat asal masa LDM dulu.

'Pregnant or not belakang kira.Ada rezeki kami syukur,tak ada life must go on' gittew.But at the same time we just put effort eg catat ovulation date.And I myself amek asid folic.

So for time being kiranya takdelah istilah trying to conceive hardly eg pegi berurut ke or beli produk untuk mudah hamil yg bersepah kt fb tu..

We still want it be natural.cewwahh.

My everyday pon sebenarnye lek2 je.Pagi kemas umah.Sambung dgn keje dlm bilik.Tlg mertua masak2 kat dapor.Pastu sambung keje balik.Ptg tgk ikan belaan n lembu.Tgk kambing lembu belakang umah.Kdg2 belaja drive dgn husband pusing2 kampung.

Macam tulah hari2.

Aku dan husband jenis suka bergurau.Buat lawak.Gelak.Pagi bangun pon dah ketawa besar which is aku kira we are happy go lucky couple.Bab kuat sentap mmg aku juara tp encik sabar saya pandai pujuk..Pandai menjernihkan keadaan.Overall we're happy couple.Susah nk gadug besar or TAK PERNAH!

Overall aku tak hidup dlm stress.Nak pk beranak ke tak pon sebulan sekali pk which is bila nk datang period.hahaha

So,ape aku nak cakap sebenarnye ni?

Main point aku ialah....

Kalau org tak kecoh aku beranak ke tak,aku xdelah sentap.Aku tahu mereka semua perihatin.Syg kat aku.Sape tak suka org amek berat hal kita kan?sangat2 menghargai.

Cuma kdg2 buat aku sentap bila org banding2 aku dgn psgn laen.

'eh dia kawen dulu dr kau tp dia dah beranak lah.'

'org dah beranak satu.kau bila lg?'

Jujur,aku cukup sentap bila nak banding2 aku dgn org laen.Kdg2 yg tanya tu makcik2 kakak2.Aku tak menjawab dgn ayat POWER pon tak sampai hati.Sebab HORMAT.

That;s why aku terkilan sgt.

Adakalanya aku boleh berpositif.

'Ok fine.Bagus jugak dorg tanya.Boleh mengingatkan aku bahawa aku kena lebih berusaha'

Tapi ada kalanya aku tak mampu.Aku manusia biasa yg emosi up and down.

Then,adakah aku 100% harom utk sentap dgn segala pertanyaan dan persoalan org keliling?

Sekian..

Wassalam


April 6, 2014

Makan DALAM..

Assalamualaikum wbt..

Kaurang sihat?

Hari ni..eh bukan.Mlm ni mood kelaut.Sebolehnya mahu menangis semahunya.Tp tak baek diikutkan sangat perasaan.Syaiton mudah nak dekat.Tapi dah nangis dah pon.hihi

Dr semalam lagi aku tahan dr menangis harini tak mampu dah nak tahan.Perkara sama yg menyentap jiwa.

Semalam bawak anak sedara jln2 dgn suami..Kakak A tegur.

"Asyik bawak anak org je.Dia tu xde anak lg"

Aku tahan lg.Xpelah.

Harini bwk sorg laen anak sedara pegi kedai.Tanpa suami.Memandu sendiri.Mak cik A berkata lg.

"Bwk anak org je.Anak makcik yg kenduri sama dgn kau dh beranak krg dr sebulan dh.Kau bila lg?"

Aku sememangnya xde jawapan pd soalan-soalan mahupon pertanyaan org2.Aku bukan Tuhan yg tahu ajal maut rezeki org.

Aku manusia biasa mcm org2 laen tak ada kuasa magis.Blink...mengandung.Blink..beranak..
Sungguh aku xde kuasa.

Aku manusia biasa yg Allah bg kudrat utk berusaha dan berdoa.Hasilnya Allah yg tentukan.

Pedih bila fikir kata- kata tak kesat tp makan DALAM org2..

Tak pernah aku terfikir utk berdoa..

"Ya Allah jgn bagi aku anak"
 Sumpah tak pernah.

Yang Benar,
 INSAN YANG TERLALU INGINKAN ANAK!


January 28, 2014

Trying-To-Conceive (TTC)

Assalamualaikum wbt..

Straight to the point,lately aku byk bc ttg TTC di blog-blog.Aku maen gugel je semua.Memandangkan aku agak free di ofis lately.So browsing lah apa-apa shj yg bermain di fikiran.Salah satu nye TTC ni lah. And YES,aku jugak TTC even usia perkahwinan belun pun menjengah angka 1 tahun.Melihat rakan2 yg kawin same tarikh,yg kawin lebih lewat dr aku sudah berbadan dua, hati mana yg tak sedih.Frankly,aku down.Aku rasa sangat2 merendah diri.Tp,utk kwn2 kita sembunyikan rasa itu demi merai momen- momen indah mereka.

Seperti yg aku baca di blog2,YES perasaan itu lah aku rasai sekarang.Walau org berkata eh kau awal lg lah..belum cukup setahun pon lg..rilek ah,hanimun dulu puas-puas..eh bkn senang taw ada anak..bla bla bla bla..

Dan bg aku..setahun? dua tahun? 3 tahun?it just a number.Selagi aku ada peluang aku usaha.Kami suami is3 tidak merangcang ape2..Cuma, kerana LDM ini,kami seakan redha jika tidak di bagi rezeki lg spnjg.Mungkin LDM bukan waktu yg seswai utk kami menimang cahaya mata.Akan tetapi,jika ada rezeki seluas2 alam aku tadah tangan tanda bersyukur.

Lbh menyentap jiwa, bila pulang ke kg..soalan-soalan seakan tak memahami situasi aku dan suami ke udara.Belom ada isi lg? bila aku kata bukan masanya lg..perli pulak kate ke tak pandai lg.aduhh..malu ada,geram ada.Situasi plg rsa nk mengamuk, siap usap2 perut aku sambil bertanya tak ada isi lg ke? Masa tu rasa nak meraung mengamuk..Tp ku tahan juga demi aib org keliling.Aku tahan,aku pendam.3 hari aku cuba hadam dlm kepala dgn segala yg positif..Alhamdulillah terluah jua pd suami.Suami memahami.Kata aku perlu diet*sentap utk elak salah pham org.YES berat aku naek walau aku rasa ada inchloss.

So misi aku skrg,get my shape back.And for time being mmg aku sarung baju geloboh..Sorok perut wehh.hahaha

Cuma TTC aku tak lah spt sahabat2 yg laen kena lalui IUI,IVF dsb...Dan utk masa skrg stil try to conceive naturally.

In my opinion, setahun ke 2 ke 3 ke 4 ke..sebenarnya does not matter if org keliling tak provoke dgn soalan2 dan jokes 18sx.If org keliling faham konsep jodoh,rezeki,ajal dan maut.Golongan2 TTC tak akan rsa down.Tak akn STRESS during TTC time.So please people,grow up!!

Sekian,terima kasih.
Wassalam.



December 25, 2013

My dear baby.

Anakku,
Anak mummy sihat di sana?
Mummy tahu anak mummy bahagia disana dibawah lindungan Ilahi.

Anakku,
Mummy selalu tertanya-tanya bila mummy akan jumpa anak mummy ni

Anakku,
Anak mummy nak tahu tak,Abi sangat teruja untuk bertemu awak walau mummy dan abi tahu entah bila masa itu akan dtg.

Anakku,
Jika di alam sana sememangnya tempat awak dan di dunia ini bukan tempat awak,doakan Mummy dan Abi jd org yg sabar.
Doakan mummy dan abi redha dengan qada' dan qadar Ilahi
Doakan supaya kita ketemu di syurga.

Anakku,
Ketahuilah mummy pernah bermimpi melahirkan awak
Mummy bahagia di alam mimpi
Bila tersedar,mummy menangis kamu sebenar tiada di alam nyata.

Anakku,
Ketahulah mummy inginkan kamu.