Hands talking,heart whispering
July 4, 2020
Kain buruk.
May 11, 2020
Saat itu akan datang
April 21, 2020
TTC journey (Part 2)
Datang sapu sawang
Post terakhir aku, 2018.
Aku pun dah lupa last 2018 aku tulis tentang apa.
Dan,2019...
Macam-macam berlaku. Terutamanya perjalanan aku untuk memperoleh zuriat. Ya, Ogos 2019 aku menjalani prosedur IVF/ICSI.
Satu perjalanan yang aku sangka senang pada awalnya. Dan silap aku, niat asal aku cuma untuk mencuba nasib. Dan bila aku go further the procedure, barulah aku rasa nak sangat pada zuriat. Kerana pada awalnya juga aku tidak berniat untuk menjalani IVF kerana keutamaan aku ketika itu ialah menghabiskan study aku. Bukan niat aku untuk melambatkan usaha memperoleh zuriat akan tetapi berdasarkan pembacaan aku, ianya akan menjadi sukar buat aku. Dan betul, ianya tidak semudah sangkaan kebanyakan orang. Walaupun begitu, I enjoy the journey.
Aku seorang pelajar. Stress ialah perkara biasa.Kejar dateline. Berulang ke besut dan kauntan. Semua membutuhkan kekuatan dalaman dan fizikal. Dan ya, kami gagal IVF/ICSI. Tiada embrio beku kerana tiada embrio bersenyawa.
Jika aku mampu, akan aku coretkan kembali perjalanan IVF/ICSI aku.InsyaAllah.
June 30, 2018
Anak angkat?
Assalamualaikum wbt...
Post ttg my ttc journey nanti I sambung balik.Ada info yg perlu di confirmkan balik.
Tapi ada satu isu yang sering ditanya oleh orang keliling kepada kami setelah usia perkahwinan kami lebih 5 tahun. Baru genap 5 tahun pd May haritu.
"Kenapa tak ambil anak angkat?"
"Tak berminat ke ambil anak angkat atau anak susuan?"
"Dah 5 tahun ni, ambillah anak angkat"
Disusuli dengan,
"Kawan akak macam korang lagi lama tak kahwin. Ambil anak angkat.Terus lekat anak sendiri."
"Tu hah Si.X rezeki murah selepas ambil anak angkat"
"Ambil anak angkatlah.Anak ni pembawa rezeki dan tuah blablabal. Adik aku blablabla"
Sejujurnya, I dan suami pernah buat keputusan sekiranya perkahwinan kami mencecah 5 tahun dan masih tidak dikurniakan zuriat,maka kami cadang untuk ambil anak angkat dan di jdikan anak susuan.
Idea anak angkat/susuan kami dah fikir dulu dari orang yang mencadangkan. Akan tetapi, setelah berbincang kembali,kami putuskan utk hold dlu atas beberapa sebab;
1)Kami pjj secara tidak tetap.Kadang2 dua mggu sebulan, kadang2 sminggu sebulan kerana tuntutan belajar.
Kadang2 I ada urgent matter di Kuantan yg memerlukan I rush to Kuantan. Samada dengan husband or not.
2) Mampu. Jika mampu itu dikira atas soal duit sahaja maka kami secara kasarnya mampu tapi sekiranya mampu itu dilihat 360 darjah, kami tidak sebenarnya. Dari segi emosi, masa, kesihatan dsb.
3) Kami baru shj memulakan rawatan secara intensive di klinik kerajaan yg mana I akan cerita kemudian dan I sangat positif tentang rawatan ini. Walau apa pun, kami percaya...KUN FAYAKUN.
Sekian,terima kasih.