July 4, 2020
Kain buruk.
May 11, 2020
Saat itu akan datang
April 21, 2020
TTC journey (Part 2)
Datang sapu sawang
Post terakhir aku, 2018.
Aku pun dah lupa last 2018 aku tulis tentang apa.
Dan,2019...
Macam-macam berlaku. Terutamanya perjalanan aku untuk memperoleh zuriat. Ya, Ogos 2019 aku menjalani prosedur IVF/ICSI.
Satu perjalanan yang aku sangka senang pada awalnya. Dan silap aku, niat asal aku cuma untuk mencuba nasib. Dan bila aku go further the procedure, barulah aku rasa nak sangat pada zuriat. Kerana pada awalnya juga aku tidak berniat untuk menjalani IVF kerana keutamaan aku ketika itu ialah menghabiskan study aku. Bukan niat aku untuk melambatkan usaha memperoleh zuriat akan tetapi berdasarkan pembacaan aku, ianya akan menjadi sukar buat aku. Dan betul, ianya tidak semudah sangkaan kebanyakan orang. Walaupun begitu, I enjoy the journey.
Aku seorang pelajar. Stress ialah perkara biasa.Kejar dateline. Berulang ke besut dan kauntan. Semua membutuhkan kekuatan dalaman dan fizikal. Dan ya, kami gagal IVF/ICSI. Tiada embrio beku kerana tiada embrio bersenyawa.
Jika aku mampu, akan aku coretkan kembali perjalanan IVF/ICSI aku.InsyaAllah.
June 30, 2018
Anak angkat?
Assalamualaikum wbt...
Post ttg my ttc journey nanti I sambung balik.Ada info yg perlu di confirmkan balik.
Tapi ada satu isu yang sering ditanya oleh orang keliling kepada kami setelah usia perkahwinan kami lebih 5 tahun. Baru genap 5 tahun pd May haritu.
"Kenapa tak ambil anak angkat?"
"Tak berminat ke ambil anak angkat atau anak susuan?"
"Dah 5 tahun ni, ambillah anak angkat"
Disusuli dengan,
"Kawan akak macam korang lagi lama tak kahwin. Ambil anak angkat.Terus lekat anak sendiri."
"Tu hah Si.X rezeki murah selepas ambil anak angkat"
"Ambil anak angkatlah.Anak ni pembawa rezeki dan tuah blablabal. Adik aku blablabla"
Sejujurnya, I dan suami pernah buat keputusan sekiranya perkahwinan kami mencecah 5 tahun dan masih tidak dikurniakan zuriat,maka kami cadang untuk ambil anak angkat dan di jdikan anak susuan.
Idea anak angkat/susuan kami dah fikir dulu dari orang yang mencadangkan. Akan tetapi, setelah berbincang kembali,kami putuskan utk hold dlu atas beberapa sebab;
1)Kami pjj secara tidak tetap.Kadang2 dua mggu sebulan, kadang2 sminggu sebulan kerana tuntutan belajar.
Kadang2 I ada urgent matter di Kuantan yg memerlukan I rush to Kuantan. Samada dengan husband or not.
2) Mampu. Jika mampu itu dikira atas soal duit sahaja maka kami secara kasarnya mampu tapi sekiranya mampu itu dilihat 360 darjah, kami tidak sebenarnya. Dari segi emosi, masa, kesihatan dsb.
3) Kami baru shj memulakan rawatan secara intensive di klinik kerajaan yg mana I akan cerita kemudian dan I sangat positif tentang rawatan ini. Walau apa pun, kami percaya...KUN FAYAKUN.
Sekian,terima kasih.
June 29, 2018
My TTC Journey 2018 Part One
uSo, masa MO interview beliau akan tanya period cycle, sex frequency per week, dah berapa lama dah kahwin, pernah makan pil hormon/perancang tak etc...
Masa ni suami tak masuk ikut sekali sebab ktorg expect dia just akan rujuk kepada pakar terus. Rupanya tidak. Hari yang sama buat blood test utk LSH/FSH pastu diberi tarikh utk blood test utk progresterone (p4) hari ke-21.
Unlucky me sebab lambat lg hari ke-21 dan ianya jatuh pada hari cuti. So, pada bulan 12 baru lah aku boleh buat test hormon p4. Dan pd bulan April 2018, tarikh temujanji pertama di Hospital Jerteh utk jumpa pakar OnG. Selain dari tu, untuk pihak suami, beliau kena collect sperma dan hantar ke lab utk analysis (SFA).
Masa rawatan di klinik kesihatan tu tak ada scan or something. Cuma MO akan interview masalah kita, blood test utk perempuan dan SFA utk lelaki dekat hopspital daerah. Itu shj. Dan dh ready semua, MO akan bg tarikh temujanji untuk jumpa pakar di hospital dearah.
Sekian, untuk fasa pertama rawatan. So, on 23 April 2018 adalah tarikh temujanji bersama pakar pertama aku di hospital daerah.
Thanks for reading.
Back on my TTC journey
Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat hari raya,Maaf zahir batin kepada semua readers/bloggers yang sudi membaca blog aku.
Memandangkan aku ada sidikit ruang waktu yang lapang selepas dah hantar dokumen untuk proposal defense, maka aku tak cerita sedikit tentang TTC journey aku yang tak pernah terhenti lagi setakat ini. Walaupun mungkin dah lama aku tak menulis ttg TTC journey aku kat sini, untuk kali ni aku rasa aku nak berkongsi apa yang terbaru tentang perjalanan TTC aku.
Dipendekkan cerita, selepas dah alami beberapa sesi rawatan dan nasihat dari pakar di klinik swasta, suami minta kami buat rawatan di hospital kerajaan pulak. Dr.Zul (pakar o&g) yang merawat aku pun suggest utk teruskan di hospital gov sbb kekangan fasiliti di.klinik beliau.
Makanya, pada bulan Oktober tahun lepas aku dan suami ke klinik kesihatan harian. Mengikut prosedur rawatan di hospital gov, mula2 sekali kena daftar di klinik kesihatan terdekat.Aku ke klinik kesihatan Pdg.Luas.
Mula-mula sekali kena interview dgn MO. Agak segan sebab MO lelaki. Tapi kena hadap sbb yelah kita nak anak. Nak demand mcm pegi private, siapa nak layan kan?
January 18, 2018
Jalan-jalan 2015.Sweet memory 2015.
Krabi-June
Dan cerita krabi di sini dan sini.
Kuala Lumpur-August
Bukit Tinggi-Karak-August
Kuala Lipis-September
Kedah-Penang-December
2017 and my wonderful journey.
My one and only post in 2017 is about a year ago when I just registered my Ph.D. study.
2017 had been wonderful years for me not just as a student but as a wife as well as a person.
As a wife, 2017 had been a very challenging year for me.And for my husband too. We had started back our long-distance marriage again after 2 wonderful years we had before. Going back and forth from Besut to Kuantan once in 2 weeks had made my Ph.D. journey more colorful. This is where I learned to be more independent and prioritize my responsibility between spouse, parents, and study.
As a person, I learned to love myself. My balanced and healthy diet journey started in February. Thru this journey I had met so many kind-hearted people. They are different with my friends.They came in so many backgrounds. But we have one life's objectives which are to be fit, healthy and slim. After all, I lost 9kg for 11months. What an achievement for myself. But the journey will never end.
Leaving 2017, I'm still not a mother. However, I never gave up. We never gave up.
After all, I feel blessed on what I had today. A loving husband, parents, siblings, and relatives.
2018, I hope for more cheerful life. Nur Syafiqah had to be more patient and strong.
Thanks for having me here.
Till next.
Wassalam.
March 13, 2017
PhD journey
I am back! The first post ever 2017.
And I'm proudly announced I'm officially a PhD student. Registered on 17hb Feb 2017 accompanied by my love husband.
July 27, 2016
Cerita HOT Raya 2016
Hi guys..How are u doing so far? It's not too late to wish SELAMAT HARI RAYA all. Mintak ampun dan maaf if my words here hurts some of u or annoy u. Kosong-kosong?
So, tahun ni turn raya kampung husband!So far kami still follow the rule/turn. Secara kebetulan jugak MIL admitted in HUSM Kubang Kerian for 24 days. Then, a day before raya baru boleh balik. So,kami tak adelah rushing2 untuk balik raya. Raya tahun ni sangat berbeza.Its not raya sahaja tapi puasa sebab mostly tak dpt buka puasa kat umah.Most of the day berbuka dgn family di hospital.But its okay.New experience.
Lets get back to the main story.
Hari raya sememangnya hari yg kita tunggu dan ternanti2 every year.Tak sabar nk berkumpul adik beradik dan family.Jumpa sepupu sepapat jauh pon time raya lah kan.Dalam suka tu for person like me ada jugak rasa berdebar.Terutama bila kita nak jumpa sedara mara yg kita dah tahu bakal tanya soalan maut.Rasa kalau boleh xnak pegi beraya umah beliau.
My story is...
Since my MIL just back home from hospital, so tetamu yg dtg beraya kt umah MIL sgt ramai.The consequence is i dan hubby dont have so much chance to go beraya. So i feel a bit secure.
Tp,believe it or not manusia ni unpredictable.
I dont want to mention who he/she is. And i wont tell the whole conversation here. But, the sentences that make me mad (but in control) are...
'Jangan salahkan Tuhan.Salahkan diri sendiri sebab tak berusaha dapat anak!'
It was a conversation between him/her and my husband but i coincidently came in.
I dont know what my husband reply back but i said to him/her,
'I will not announce to people what i do, what are our efforts. And how come to said kami tak berusaha hanya kerana kami masih belom dikurniakan zuriat?'
That person keep in silence afta that.
And i got mad for that 2 minutes only.hahaha
Listen people,
Dont be so judgemental.Awak tak tahu apa yg kami lalui hari2..Awk tak tahu ape yg insan2 seperti kami lalui hari2 until anak2 awk sendiri or urself sendiri alami.Believe me!Awk tak tahu dah berapa ribu duit kami habis untuk rawatan,ubat dan supplement.So,please dont judge.
Paling sedih..yg bagi statement maut tu pernah alami hal yg sama.
SEE.....manusia mudah lupa KAN?
Till then...see yah!
June 1, 2016
Holla..5 months post.
How your half year? Mine is as follows:
1) January-its New Year,New Resolutions? Forward what had left behind. In January i still waiting for a date for my viva-voce. And one of my master-mate already done her viva voce on 17th..And im still waiting.Poor me.But lifes must go on.
2)February-Report duty on 15th in UMP Pekan.Its also a short gateway for me before viva voce as I already got the date of viva voce on 23rd. Okay.What a release after viva.But it is a day to remember for my entire life. A bit tragedy for me but it also a turning point for me to improve myself.Thanks ALLAH. HE just ring me up that I still have a long journey to catch up..and many more knowledges and experiences to dig in.
3)March-All i do is my thesis corrections.I do it slowly since i have extra time.Hahaha.Overall it is about thesis corrections since i cant mesmerize anything else except going back and forth to the campus/lab.Then at the end of March i met my examiner.Phew everything goes well.She just like what i'm doing so far and of course some extra correction needed.
4)April-Continuously doing my correction. And i started helping my SIL doing her catering jobs.Plus had a few meeting with examiners to see my progress.And lastly i got her approval on 25th.
5)May-My month,Our month.My 27th birthday on 16th and our 3rd anniversary on 25th. Double celebrate it in one special dinner.Finally on 25th i got approval from PPS to do hardcover for my thesis after few formatting correction with Dr.Wan.Yeahhh.Alhamdulillah. And not to forgot..i had a mock teaching interview which i believe i dont get the job..
6)June-????Its Ramadhan.
That's all..
Thanks for reading.Do drop any comments if you are interested on any topic i wrote about.
March 6, 2016
Berkongsi kegembiraan.
How are you everybody?Heyyy..I just passed my viva-voce last 2 weeks! Tapi cerita harini bukanhal viva..Viva post lain once I siapkan correction.
Last week dapat berita gembira one of my friend conceive!She's expecting!Syukur alhamdulillah.Im so happy for her. Knowing all their efforts to get one,MasyaAllah. Dan aku dan suami sesungguhnya belom sampai ke tahap itu.
It's not saying, we did nothing but belom sampai dan segigih mereka. For now,aku planning nak mengurut (dah lama plan sebenarnya) cuma aku takut.Sbb selalu diceritakan sakit. But,skrg tekad nk mengurut. Sakit tu kita fikir lain kali. Hadap je dulu.
That's one story..
Wassalam..
Thanks for reading
February 16, 2016
Siapakah saya?
I knew some of my friends still confius what kind of job/study im doing right now.So this post is to summarize all the questions being asked by friends and some kenalan di alam maya.
Housewife or Student?
Both.Bila rajin jadi student,part timer housewife.Bila rajin jd house wife, partimer student.Bila superrajin,dua dua keje aku boleh buat,Ngurusin house chores sambil2 buat thesis.Kalau nak tengok aku jd super duper rajin,tambah satu lagi profession yakni mummy.Tapi tak ada lagi..hikhikhik.Doakan yer.
Felo Akademik ke Felo Asrama
Dedua.Tapi kontrak felo asrama unisza dah tamat semalam.Huray huray.Felo akademik dgn ump..
Felo Akademik tu jawatan tetap ke?
Tak pon.Cuma afta dilantik jadi felo akademik, uni tajaan akan bagi study leave.Maksudnye di suruh ko pegi belaja.Sampai abes study leave,pegi report duty.Mana yang tak amek PHD lagi,disuruh sambung PHD pulak.Macam my case lah..Abis masters,lapor diri.Cari uni utk PHD then pegilah mereput utk PHD pulak.Aku felo akademik UMP fyi.
Felo Asrama dpt benefit ape?
Diberi kemudahan tempat tinggal dan elaun shj.In my case tak dpt tempat tinggal pon.
Ape yg best jd Felo Akademik
Study ditaja jelah.Pastu adelah elaun-elaun yg uni tajaan bagi plus kementerian bagi.Berapa?Email aku kalo nak tahu sangat.Tapi boleh je korang google SLAB/SLAI Fellowship Programme.
Aku tengok ko dok umah je.Cuti sesuka hati.
Haah memang pon sbb aku boleh buat cuti aku sendiri tapi keje research/thesis/paper journal etc mesti siap before kau nak cuti.Notify supervisor kau cuti..passed assignment yg dah siap.Its all about discipline when you are doing masters by research.
Sem 1 dan sem 2 banyak ulang alik campus jumpa SV utk siapkan proposal,paper, experiments bagai.Dah masuk sem 3 aku dah start writing.So,dok umah jelah buat keje.Keje dah siap emel ke SV.Ualanglah proses tu sampai settle thesis kau.Eh aku.
Abis masters sambung Phd.Bila kau nak beranak pinak.
Bila Allah izinkan.Kunfayakun.Tak pernah planning.Lepas je.Cuma rezeki belom kunjung tiba.
Bila VIVA VOCE?
Next week.Doakan aku.
Itu sahaja.
Thanks for reading.
Any query do not hesitate to email me at nsyafiqahmnafis@gmail.com
January 21, 2016
Road Trip Krabi June 2015-Day 2
January 14, 2016
Good News.
Aritu baru je kita rasa down sebab internal examniner kita nak tarik diri kan..Semalam dapat tahu beliau tak jadi tarik diri.Syukur sangat-sangat Ya Allah!
So,it will be on Feb.Maybe week 3th or 4th.
Start on this week, dah start study thesis balik.
Semoga Allah merahmati prjalanan viva daku.Amin.
Thanks.Have a nice day ahead!
January 12, 2016
Masters Viva Voce
December 22, 2015
Ujian.
Awal-awal aku tak nampak,kenapa Allah uji aku sukar dapat zuriat.
Aku selalu ter tanya-tanya pd suami,kenapa kita b?
Sampai bila Allah nak uji kita.Ayang penat b.
Sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.
Allah menjawab sedikit demi sedikit persoalan aku.
Walau masih ada yang belom terungkai sepenuhnya.
Aku pasti ia akan terjawab suatu hari nanti.
Pada diri aku sendiri, masih banyak ilmu yg perlu aku gali
Bukan sekadar ilmu menjadi ibu belum cukup
Ilmu untuk aku menjadi contoh terbaik pada si anak masih belom lengkap
Terima kasih pada saudara terdekat, rakan-rakan mahupon sesiapa shj..
Terima kasih kerana sudi memberi anak-anak kalian utk kami menumpang kasih
Terima kasih anak kerana memberi senyuman dan wajah yang membahagiakan
Sedangkan kami bukan ibu bapa mu terasa tenang melihat wajahmu anak kecil
Apatah lagi bagi seorang ibu bapa
Moga saat itu datang pada kami jua
Bila diri ini terasa sukar
Pujuk hati,ini ujian..
Tiada ujian yang mudah.
p/s: Azam 2016, have a baby.
December 17, 2015
TTC Journey
p/s:
People yg ingat i've do nothing.This is for u!


