Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

June 19, 2011

Komputer riba mana nak beli nih??


Assalamualaikum w.b.t..kamu2 sihat belake ke??hari ni nak kongsi pasal komputer riba.ni berdasarkan kepada survey yang tleah dijalankan oleh Square Trade.Benda2 ni pon sy google aja.hehehesumber--->sini
**********************************************************************************

SquareTrade (ST) telah menjalankan satu ujian secara rawak terhadap 30,00 buah komputer riba dan netbook untuk dianalisis. Ujian ini hanya tertumpu kepada pembelian komputer riba dan netbook yang baharu sahaja. Bukan jenis yang diperbaiki semula dan dijual ataupun terpakai.

Untuk makluman, ST merupakan pengendali waranti bebas. Perniagaan yang diajalnkan bermula sejak tahun 1999 lagi. Hasil usaha yang dijalankan ST mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada pengguna.

Klasifikasi terhadap netbook dan komputer riba telah dicerakinkan kepada 3 kategori menerusi harga. Bawah $400 ialah netbook, lingkungan antara $400 hingga $1000 ialah komputer riba aras permulaan dan atas $1000 ialah komputer riba premium.

Jualan pembekal komputer riba dan netbook sepanjang suku kedua tahun 2010 adalah seperti yang berikut:

Kedudukan
Pembekal
Bilangan unit terjual (Suku kedua, 2010)
1Acer Group6,091
2HP5,634
3ASUS3,155
4Toshiba3,037
5Dell2,839
6Lenovo2,177

Sumber: IDC Quaterly PC Tracker

Hasil kajian ST mendapati:

  1. Netbook mempunyai kecenderungan untuk gagal beroperasi sebanyak 20% berbanding komputer riba. Masalah yang selalu dihadapi ialah kesesuaian perkakasan.
  2. 1 daripada 3 komputer riba gagal beroperasi selepas 3 tahun. Hal ini disebabkan oleh kegagalan perkakasan beroperasi dan kecuaian sendiri.
  3. Jenama ASUS dan Toshiba merupakan jenama yang boleh dipercayai. Hal ini kerana kedua-dua jenama ini mencatatkan peratusan bawah daripada 16% perkakasan gagal beroperasi selepas 3 tahun.
  4. Jenama HP (25.6%), Gateway (23.5%) dan Acer (23.3%) mempunyai kekerapan peratusan yang tinggi perkakasan rosak selepas tiga tahun.
    ****************************************************************************

    So,adik-adik yang nak beli yang baru masuk Universiti dan perfikir nak beli laptop,renung-renungkanlah..semoga dapat membantu..akak pakai toshibaBun..hhehhehe

    Keyboard 0ff.