Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

November 25, 2014

Pray for ME!

Assalamualaikum wbt dan hi all..

For today I just post something on my FB to make things clear.Hoping that people around me understand.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Perkahwinan itu sunnah.

Namun jangan dicela pada yang masih belum bertemu jodoh.
Pada yang sudah punya pilihan hati,berdoalah semoga dipermudahkan ke jalan yang halal.
Begitu jugalah pada yang sudah berkahwin.Umum mengetahui tujuan perkahwinan adlah untuk membentuk sebuah rumahtangga muslim dan meramaikan umat Muhammad.Namun,jangan dicela dan jangan mengherdik pasangan yang belum diberi rezeki dan kemampuan meramaikan umat Muhammad.Pasti terselindung satu hikmah disebalik sebuah kejadian.Berdoalah mereka diberi 'rezeki' seperti anda.
Hindarilah dari riak dgn rezeki anak yang diberi kerana anak itu amanah bukan bahan untuk menunjuk kehebatan diri.

Elakkan bertanya soalan yang sensitif pada rakan-rakan yang masih belum diberi rezeki anak.Soal kesuburan dan kemandulan contohnya. Yang tidak melaluinya mungkin tidak memahami.Beringatlah.Anda juga punya anak.Anda juga semestinya inginkan cucu penyambung generasi.Berfikirlah sejenak sekiranya hal seperti ini terjadi pada keturanan kalian di masa hadapan.

Saya berbicara kerana saya rasa segelintir dari kalian mungkin tidak memahami isu ini.Isu Qada' Qadar.Duduk dan fikirlah sejenak.Mungkin cara ini Allah ingin menguji kami.Kami redha.Dan mohon jangan permainkan 'keredhaan' kami pada ujian Ilahi ini.Mohon jangan jadikan kami bahan sendaan kalian sedangkan kalian tidak tahu betapa susahnya kami berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

Mohon maaf atas segala salah silap.Dan mohon doakan kami juga diberi rezeki seperti anda.Sekiranya ditakdirkan tidak diberi rezeki anak lagi,mohon doakan kami menjadi hambaNya yang bersabr.
Sekian,terima kasih.Terima kasih pada yang sudi membaca.

November 24, 2014

Keep calm and continue TTC.

Assalamualaikum wbt and good morning all!

Hope every in pink of health.And here, the owner speaking through hands again!As I already mention in previous post that I'm 1 years and 6 months married.And for now still trying to conceive (TTC).What I will share today is about what I had done for my TTC journey.

First of all, frankly speaking it is not easy to be a TTCian. Especially when you already trying for months and people surround you keep asking,WHEN,WHEN,WHEN,WHEN.Then, when your marriage reach one year age,people keep asking WHY,WHY,WHY,WHY,WHY. So,it is important that you and your couple to support each other.Don't blame your partner. It will be the saddest story in the world if your husband put the blame on you.Why I said husband?Because normally people will put blame on women when it comes to this problem. In short, the first thing I do for my TTC journey is get support from husband and my mother. Alhamdulillah both my beloved one are really understand and my mother especially is a best supporter ever. During my hard time facing 'hard question' from people,mom always gave me advice "Rezeki is everywhere.It will come at the right time.Keep calm and be patient". While the husband is always be the shoulder to cry on. If I can measure how many tears shed on his shirt.Thanks B.

Secondly, I seek doc for advice. Last June I when to see Specialist on O&G and doc found out that I'm...

To be continued...

April 14, 2014

Rezeki.Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt.

Actually otak tgh stuck.Tak tahu macamna nak mula jurnal writing.

Tapi blog writing OK.Xde stuck kat mana2.hahahaha

Bila dah takleh nak pk dah,kuar cari terapi minda.*Shopping yeayy

Lepas anta husband pegi ofis td lengcong ke kedai kain jap.Beli kain pasang buat ma and mek*mertua serta utk kami 4 beradik perempuan.Alhamdulillah,tahun ni Allah bg rezeki lebih utk belanja adik beradik.InsyaAllah ade rezeki kite belanja ipar dan biras pulaks k.hehehe

Cerita bab rezeki Alhamdulillah dr mula2 keje rezeki in terms of duit tak pernah putus.Yes dulu masa 1st keje gaji on 25th which is after raya.Tahun tu jelah tak dapek nak berbelanja lebih.hehehe

Dan selepas kahwin ni pon bak kata husband,

'Rezeki lepas kawen kot2 mana pon ade.'
Alhamdulillah.Aku ingat aku sorg je perasan.hehe

Yelah lepas kes almemey dulu aku byk murung.Sedih.Sbb 1st car kan.

Tp alhamdulillah lah rezeki Allah lepas tu tak putus2..

Cuma sekali je sepanjang kahwin aku rsa agak perit bab kewangan yakni masa aku resign dulu.Waktu tu previous company hold gaji,husband baru keje dgn gov of course lah delay gaji sebulan dua kan..

Tp nak dijadikan cerita,tup tup dptlah duit kutu.Boleh lah topup mana yg patot kan.

So,mana yg rsa dah mampu kawen tu percepatkanlah.
Mana yg rsa mcm takut2 nak kawen sbb bimbang tak mampu bela anak org,usah bimbang.Rezeki dtg mencurah2 selepas kawen.InsyaAllah.

Cuma tu lah dlm kes aku Allah hold dulu rezeki anak.
Tapi bila sampai waktunya,bila kami bersedia..rezeki 'itu' akan datang..
Amiin.

Ok.Wassalam.

Thanks for reading.


April 6, 2014

Makan DALAM..

Assalamualaikum wbt..

Kaurang sihat?

Hari ni..eh bukan.Mlm ni mood kelaut.Sebolehnya mahu menangis semahunya.Tp tak baek diikutkan sangat perasaan.Syaiton mudah nak dekat.Tapi dah nangis dah pon.hihi

Dr semalam lagi aku tahan dr menangis harini tak mampu dah nak tahan.Perkara sama yg menyentap jiwa.

Semalam bawak anak sedara jln2 dgn suami..Kakak A tegur.

"Asyik bawak anak org je.Dia tu xde anak lg"

Aku tahan lg.Xpelah.

Harini bwk sorg laen anak sedara pegi kedai.Tanpa suami.Memandu sendiri.Mak cik A berkata lg.

"Bwk anak org je.Anak makcik yg kenduri sama dgn kau dh beranak krg dr sebulan dh.Kau bila lg?"

Aku sememangnya xde jawapan pd soalan-soalan mahupon pertanyaan org2.Aku bukan Tuhan yg tahu ajal maut rezeki org.

Aku manusia biasa mcm org2 laen tak ada kuasa magis.Blink...mengandung.Blink..beranak..
Sungguh aku xde kuasa.

Aku manusia biasa yg Allah bg kudrat utk berusaha dan berdoa.Hasilnya Allah yg tentukan.

Pedih bila fikir kata- kata tak kesat tp makan DALAM org2..

Tak pernah aku terfikir utk berdoa..

"Ya Allah jgn bagi aku anak"
 Sumpah tak pernah.

Yang Benar,
 INSAN YANG TERLALU INGINKAN ANAK!


March 5, 2014

Housewife.

Assalamualaikum wbt..bersiaran dr Besut Darul Panas..

Ha..mmg panas sungguh lah sekarang kan.Kena minum byk air.Dan kurangkan aktiviti luar rumah. Aku pon kalau tak terdesak mmg tak keluar lah kekdahnye.naseblah umah mertua kawasan kampung berpokok2 segala.Redup sikit.

Ha..bahagia rasanya pg2 tak payah bgun siap2 pegi keje.Behimpit dlm tren segala.jalan kaki ke ofis bagai.Now,IM A HAPPY HOUSEWIFE.*clap clap..

Actually bukan fulltime housewife pon sgt sbb aku kan sambung study.Then every Monday at 2pm aku akan ketemu SV. Tu je.Tapi xdelah duit masyuk mcm dulu kan..haha.Jadi Research Assist pon ok lah kan asal ade income.Tak kan nk arap duit suami jerk kan.

House chores pon tak penat sgt.Sedia pakaian suami pegi keje, buat breakfast ringan2,basuh baju lipat baju tlg2 mertua masak..So far mmg aku happpy sgt dgn keputusan aku.

Umah pulak tak pernah sunyi dgn anak2 buah yg dtg maen umah tok mek dan tok ayah dia.
Alhamdulillah..

So that's all for today.

Wassalam

February 8, 2014

Counting days..

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Kekerapan update blog meningkat sejak dua menjak ini sbb ada laptop*ofis punya bg yg baru.bau kedai lagi dan broadband*broadband siap boleh wifi lg.so bleh share dgn tab..hahah.pnjg explain kekdahnya.

Merujuk tajuk diatas..

Semalam last day kat AIA Rj.Chulan (previously ING)..So isnin ni stat keje kat AIA Jln.Ampang..So,utk 14 hari shj aku berkampung di Jln.Ampang dan 20 hari shj lg utk stay in KL.Wahhh.cepatkan masa berlalu.Kemain dulu aku punyalah payah pk mcmna nak bg resignation letter kat bos.Alhamdulillah everything went well.27 Feb will be my last day at CSC as Programmer Analyst.Hampir setahun stgh aku berkampung di AIA Rj.Chulan.Pasti rindukan bubur/nasik air kakak di food court Bousted,nasik kerabu p.tghari Jln.tengah etc..

Urusan umah sewa pun ok.Dah ada pengganti.Before ak send resignation letter pon dh ada org cop bilik nih.So,skrg kena kemas2 brg2,kemas2 bilik before tgglkan bilik nih.

Bila dah settle urusan perpindahan,kena pk KEHIDUPAN SEBAGAI SURI RUMAH/ ISTERI YANG SEBENAR..gittew.Haritu berpeluanglah jd suri rumah jap.Kalutnye yg amat since aku menumpang umah mertua yg mna menumpang jugak bersama abg ipar,isteri dan anak2.Nantilah aku ceritakan perihal itu.

Sekian,Wasslam.
Thanks for reading.

November 23, 2013

Suamiku playboy?

Assalamualaikum wbt..Macamna weekend? Aku terperam di umah shj.Suami sudah pulang ke kg halaman utk mencari rezeki.Makanya aku Mrs.Lonely whole week.

Suamiku playboy? Ada eh tajuk drama gitu.Maaflah aku dah lama xtgk tv.Maklumlah duduk bilik bujang.Mana muat nak letak 1 tv.Sbb dah ada freezer makanya tiada ruang utk tv.Xpelah.Lama pulak aku mukaddimah.

Alhamdulillah.Perkahwinan menghampiri 6bln.Bahagia? Of course.Tapi biasalah tatkala ujian dtg, kdg2 tak mampu jgk nak handle.Alhamdulillah.Suami jenis sgt penyabar walaupun kdg2 perilakunya hermmm.Xpelah katanya lg suami.Lelaki dah kawen ni mcm biasalah, perangainya laen.wahwahwah.tettttt

Husband yg aku kenal dlu bg aku dia laen dah selepas kawen nih.Bukan nak cakap laen in negatif part, tp positif.Kalo dlu, aku sebagai perempuan, aku rasa mcm eh dia ni syg aku ke tak.Mcm gtu gtu je.Pastu majuk pon bt derkk je kan.Tp alhamdulillah.Now.Rasa sgt disayangi.Rsa sgt dilindungi.Lbh2 lg bila sakit kan.Eh kena kawen baru tahu..

Tp, bersedia lah fizikal dan mental.Kdg2 sesuatu yg kita tak jangka akan berlaku.Dan ianya ujian dan dugaan buat kita.Apa yg org laen hadapi kdg2 tak sama dgn apa Allah tetapkan utk kita.So, bride to be out there, be prepared and dun give high expectation on ur marriage so much.

Eh dah mcm kuliah kursus kawen.Tu lah aku, kdg2 menulis tak ada hala tuju.Asek terlajak.Ahh asal tak terlajak kata sudah.

Sekian.
Happy weekend everyone.
Wassalam

February 27, 2012

Bukan semudah itu..

Assalamualaikum w.b.t

Repost from FB.

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua'lam ^_^'



7 alasan bakal menantu terhadap bapa mertua nya seperti di atas,tidak ada sikit pun yang salah.Malah bg aku 100% mengikut syariat Islam.Cuma BUKAN SEMUDAH ITU seorang ayah mahu melepaskan AMANAH nya ini kepada seorang lelaki.Sekiranya aku seorang ibu/bapa InsyaAllah aku benarkan.Aku bakal menjadi seorang ibu yang menyokong 100% perkahwinan pada usia muda..Tapi ibu bapa sekarang tidak berfikiran seperti kita-kita.


Di masa depan,tetaplah pendirian.Jika sekarang kita menyokong..janganlah apabila kita menjadi ibu bapa,kita menentang pula.




Wallahua'lam

November 11, 2011

untunglah ada org sayang|Her wedding day.

Okeh kita mulakan hari kita dengan melihat wajah berseri pengantin.

Asssalamualaikum wbt dan korang sihat tak?
Semalam aku attend majlis akad nikah kawan aku.huh.Puan Aida.Mak aih..dah ada title puan.Majlis berlangsung di masjid pak sabah dungun dalam keadaan sederhana tapi meriah.Syukur.Mereka selamat di ijabkabulkan.Aku tumpang gembira untuk mereka.Jom layan gambar lagi.Walau tak banyak arap sudi-sudi tengok dan doakan kebahgiaan mereka.

Debaran seorang pengantin.Budak ni kecoh dalam kete otw pegi masjid.Pengantin paling kecoh aku jumpa.
Yelah nervous kot nak disatukan.hihihi

Alhamdulillah selamat diijabkabulkan.Semoga berbahagia  ke syurga.

Aku,Pn.Aida,Mai
Amek berkat sikit.moga2 melekat.huhuu

me and Pn.Aida.berseri-seri er wajah pengantin.

Pengantin dan bakal pengantin.Petang ni turn yang baju hijau tu pulak.Semoga korang berdua berbahagia dunia dan akhirat.Jadi isteri solehah ye.Cepat2 dapat baby tau.
Sebak lepas kawan aku diijabkabulkan?Adakah ia normal?

*bye.keyboard off.tggu next entry for majlis bersanding pulak!