Showing posts with label surat mama buat anaknya. Show all posts
Showing posts with label surat mama buat anaknya. Show all posts

October 13, 2011

surat utk anak-anak perempuan mama|Part 3

Assalamualaikum w.b.t Kakak.

Mama menulis lagi.Hope Kakak sudi baca.Pada siapa lagi mama mahu membebel kalau bukan pada kakak dan adik-adik.Papa?herm..mama pulak kena bebel bila dah tua-tua macam ni.Tapi Mama harap ni bukan sekadar bebelan kosong,Mama nasihat.Mungkin bila kita face-to-face Kakak mungkin rasa tercabar dengan teguran Mama,so harap cara ni Kakak boleh terima.

Mama harap Kakak sihat-sihat saja di negara orang.Mama di Pulau Nami.Ingat dulu-dulu kawan-kawan Mama suka citer Winter Sonata,kat sinilah citer tu shooting.Pulau Cinta.So,Mama datang ke sini dengan CINTA HATI mama.Sangat cantik.You should come here someday OK?

Dear Kakak,
Dalam perjalanan Mama dan Papa ke beberapa negara Mama dan Papa jumpa macam-macam jenis muda-mudi.Kakak,Abang,dan adik-adik kategori mana.Mama takot oleh sebab Mama dan Papa selalu jauh dari anak-anak.Mama takot mama tak cukup bagi kasih sayang pada anak-anak Mama.Tapi,Papa sangat cool.Dia percaya semua anak dia.Tu lah beza mak dan apak.

Kakak,kakak kalau keluar jalan-jalan make sure keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan.Jika ada kawan lelaki tolong guide kakak dengan kawan-kawan lagi bagus.Kakak di negara orang dengan budaya yang berbeza dengan Malaysia.Kakak mesti pandai pilih kawan.Kawan cermin diri kita.Kawan mesti yang boleh beri nasihat dan menegur salah kita.Bukan kawan yang sama-sama hanyut dengan kita.Dan juga bkan kawan yang hanya ada dengan kita sewaktu senang.

Jadilah kawan yang sedia menolong kawan dalam segala hal.Satu lagi Mama nak tekankan,jangan kedekut ilmu.Ilmu semakin diperam semakin kurang.Biakkan ilmu kepada semua.Tak apa,jangan bimbang bila kita berkongsi ilmu tapi kita tak jadi TOP#1 pun.Sebab kita belajar bukan nak kejar kedudukan.Kejar ilmu seluas alam.Ikhlaskan hati kerana Allah pasti berjaya.Mama wait for your success sayang.Tapi doesn't mean you should be TOP#1.Be the TOP#1 is just a BONUS.

OK lah mama should stop here.Banyak lagi tempat mama nak pergi dengan papa.Spending time for 2nd honeymoon is worthwhile.Till then ok.Take care.

Mama dan a lil bit Papa,
Nami Island.

October 8, 2011

surat utk anak-anak perempuan mama|Part 2

Assalamualaikum w.b.t.Kakak ape khabar?Macamna kuliah tadi?Makan OK?Jalan-jalan kat pasar tak terserempak dgn abang kamu ke?Syukur sgt sebab abang dan kakak belajar satu campus.Ada jugak orang nak tgkkan anak dara mama.Mana tahu kalau2 ada terbekenan kat Kakak,wali dah tersedia.hehehe.Lega hati mama.U should know mama n papa supporting young marriage!!Sporting tak kami?Eh mama should stop talking abt marriege.That for another letter.Be prepared!hahahaha

Tdi kuliah pakai baju ape?eh bunyi mcm soalan pakwe kat makwe zaman-zaman mama bercintan dulu.keh3.Alkisahnya mama tak kisah Kakak berseluar mahupun berbaju kurung apatah lagi berjubah ke kuliah.Asalkan Kakak selesa dan menutup aurat.Mama tak kisah Kakak nak pakai seluar ketat mcm pembalut hadiah sekalipun tapi yang ketat dan sendat serta sedap itu mestilah ditutup bukan dibalut.Kedua,our V zone jgn didedahkan.Means baju-baju kakak kena labuh tutup V zone kita.Bukan ape, lelaki mna tak suka mendapat bayangan free macam tu.U should be ashame sayang. Tapi,dulu2 papa cakap mama sangat manis berbaju kurung.awww!

Mama bukan ape, kakak ingat tak dulu waktu kita sama-sama di rumah.Papa gigih belikan kereta besar supaya kita semua dapat ke surau dan masjid bersama-sama.Pahala besar papa nak bagi kat kita semua.Takkanlah segala pahala kita nanti burn sebegitu sahaja dek kerana dosa menimbun.Rugi kan?Yelah jika mama dan papa ingin ke syurga mana mungkin papa dan mama meninggalkan anak-anak mama kan?Tapi tiketnya Kakak sendiri kena beli.Hiahh..sakit belakang mengadap PC lelama.Yelah dah tua.

OK lah. Papa dah panggil suruh masak.Nak makan nasi dgn budu katanya.Yelah bagi kimchi taknak.Nak budu jugak!Ces!BTW,we're just arrived at Korea.Dun jelous!Take care sayang.

Papa and Mama with love.Muahhh

*Cerita sekadar angan-angan,buag fikiran dan coretan penulis semata.Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

**Thanks for reading!


October 7, 2011

surat utk anak-anak perempuan mama|Part 1

Assalamualaikum w.b.t buat kakak dan adik-adik.kakak n adik-adik sihat tak?mama berharap sangat anak-anak mama sihat walafiat.abang jaga kakak n adik-adik elok-elok tak?kalau abang asyik SMS dengan makwe dia,bagitahu papa.nanti mama dan papa tlg pinang kan.Cool tak mama dan papa?hheheheh

Anak-anak perempuan mama mst cantik mcm mama nya kan?yang lelaki mesti kacak bergaya seperti papa dan arap-arap tak BOTAK mcm papa.bia papa je botak yang kacak di hati mama.cewahhh.Tujuan mama tulis surat ni bukan nak merapu mahupun mengimbau kenangan lalu.Surat ini mama tujukan khas untuk KAKAK dan adik-adik perempuannya atas arahan papa tercinta.tahukan papa sayang anak-anak dia.

dear kakak dan adik-adik sejenisnya,

kamu semua dah besar panjang.dah akil baligh.mama pon dah hantar kamu semua ke kelas agama tambahan lagi tazkirah panjang papa setiap kali maghrib mama harap kamu semua dapat aplikasikan dalam kehidupan kamu seharian.

Mama nak ingatkan kembali sebelum keluar rumah,check penampilan diri kita.

  1. Kakak pakai tudung jarang nampak leher ker tak?Kalau tak pegi tukar sebelum papa tarik muka taknak bercakap dengan kakak.bukannya apa bila kakak buka aurat nanti papa terheret sama ke neraka.Tak kesian kat papa ker?Hari-hari papa jaga ibadah papa tapi tak dapat ke syurga sebab kakak.Kakak sayang papa kan?
  2. Kedua,kakak pakai tudung tutup dada tak?Bagus kakak.Kakak mmg syg papa,abang dan adik-adik lelaki kakak yang lain.Mama tak mengharap kakak dan adik bertudung labuh puun cukup sekadar menutup dada.Tapi ingat bukan sekadar atas dada,tapi biarlah bila kita bergerak ke kiri kanan or melompat sekali pon tak membuka aurat.Kan nanti kita sekeluarga nak berkumpul di syurga.Kalau kakak buat hal dedah aurat,kakak takkan jumpa abang dan adik-adik lelaki kakak kat syurga sekiranya mereka pon tak menegur kakak mendedahkan aurat.
Ok lah kakak.setakat ni dulu surat dr mama.Next time kita jumpa lagi.Mama tak sabar nak keluar bersiar-siar dgn papa kat luar sana.Kat luar sana bunga sakura sedang mengembang.Cantik!Kakak di jordan mcmna?

sekian,
dr mama dan papa di Tokyo,Jepun