June 24, 2011

sayangi diri sendiri|7 keadaan mayat didalam kubur


Assalamualaikum w.b.t..
semoga rakan-rakan sihat-sihat semuanya dan berada dalam lindungan-Nya.pagi-pagi ni moh kita muhassabah diri.Iqa buat entry-entry macam ni bukanlah nak tunjuk diri Iqa ni baik ke ape ke..Sejujurnya diri Iqa masih byk yang kurang dan tidak terlepas dari melakukan perkara-perkara yang lalai dan lagho.Oleh sebab itu,Iqa kencang jugaklah baca-baca artilek-artikel Islamic untuk mengingatkan diri sendiri serta berkongsi dgn rakan-rakan maya Iqa.Artikel-artikel ni Iqa cuma Google.Yelah Iqa akui Iqa pon bukanlah handal untuk mnegluarkan hujah serta fakta apatah lagi berhujah dengan hadis-hadis.Diri ini cukup lemah sebenarnya.Okay jom kita baca apa Iqa jumpa tadi.Selamat membaca dan beramal ye.!
*************************
7 keadaan mayat didalam kubur
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...harta yang haram. Merompak...harta haram. Melesapkan duit kawan...harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal.
******************************
Takutkan bila baca. Anatara 7 tu,pasti salah satunya akan terjadi pada kita.Gerun sungguh.*Istighfar*

2 comments:

Anonymous said...

takutnye...astaghfirullahalazim....hum.....nauzubillahiminzalik....mintk dibuka kn jln untuk menjd hmbanya y ke 7 tu seluas-luasnya....amiiinnnn....

Syafiqah Nafis said...

amin..mohon kita depermudahkan jalan ke yg no 7 tu...

tQ sudi dtg cini