May 11, 2020

Saat itu akan datang

Bulan berganti bulan. Tahun ke tahun.
2020, genap 7 tahun usia perkahwinan kami. 
Masih berdua. Menghabiskan masa bersama. Mungkin akan sampai ke tua berdua. Wallahu'alam.

Tetapi, jika saat Dan ketika itu datang, maka, itulah hari paling bahagia kami. Hari yang kami tunggu-tunggu.

April 21, 2020

TTC journey (Part 2)

So, pada 23 April kami pergi utk temujanji pertama. Dalam hati, berdoa semoga dapat pakar perempuan. Naseb kurang baik, dapat pakar lelaki. Proses temujanji macam sama dgn dekat klinik, pakar akan interview kami. Tapi sebab kali ni suami ikut sekali, dia yg byk jawab soalan pakar. Tapi aku hangin, sbb doc dr klinik kesihatan tak bagi result p4 aku sedangkan aku dh withdraw darah bln Disember 2017. Pakar malas nak call klinik, makanya sekali lg pada hari ke-21 my period cycle, aku kena withdraw darah. Kalau dah ready semua blood test, lg cpt proses dia. Dan sepatutnya keputusan SFA dah ready juga. Namun, atas kekhilafan kami, result tiada sebab boleh pulak lupa tarikh.
So, TTC couple out there, korang kena alert dgn segala tarikh termasuk period cycle, tarikh2 blood withdrawal, sperm collection etc. Macam aku dh catat dlm planner pon ada lagi tak ingat.
Nanti aku sambung lagi k.....
Terima kasih sudi baca.

Datang sapu sawang

Assalamualikum wbt.

Post terakhir aku, 2018.

Aku pun dah lupa last 2018 aku tulis tentang apa.

Dan,2019...
Macam-macam berlaku. Terutamanya perjalanan aku untuk memperoleh zuriat. Ya, Ogos 2019 aku menjalani prosedur IVF/ICSI.

Satu perjalanan yang aku sangka senang pada awalnya. Dan silap aku, niat asal aku cuma untuk mencuba nasib. Dan bila aku go further the procedure, barulah aku rasa nak sangat pada zuriat. Kerana pada awalnya juga aku tidak berniat untuk menjalani IVF kerana keutamaan aku ketika itu ialah menghabiskan study aku. Bukan niat aku untuk melambatkan usaha memperoleh zuriat akan tetapi berdasarkan pembacaan aku, ianya akan menjadi sukar buat aku. Dan betul, ianya tidak semudah sangkaan kebanyakan orang. Walaupun begitu, I enjoy the journey.

Aku seorang pelajar. Stress ialah perkara biasa.Kejar dateline. Berulang ke besut dan kauntan. Semua membutuhkan kekuatan dalaman dan fizikal. Dan ya, kami gagal IVF/ICSI. Tiada embrio beku kerana tiada embrio bersenyawa.

Jika aku mampu, akan aku coretkan kembali perjalanan IVF/ICSI aku.InsyaAllah.

June 30, 2018

Anak angkat?

Assalamualaikum wbt...

Post ttg my ttc journey nanti I sambung balik.Ada info yg perlu di confirmkan balik.

Tapi ada satu isu yang sering ditanya oleh orang keliling kepada kami setelah usia perkahwinan kami lebih 5 tahun. Baru genap 5 tahun pd May haritu.

"Kenapa tak ambil anak angkat?"
"Tak berminat ke ambil anak angkat atau anak susuan?"
"Dah 5 tahun ni, ambillah anak angkat"

Disusuli dengan,

"Kawan akak macam korang lagi lama tak kahwin. Ambil anak angkat.Terus lekat anak sendiri."

"Tu hah Si.X rezeki murah selepas ambil anak angkat"

"Ambil anak angkatlah.Anak ni pembawa rezeki dan tuah blablabal. Adik aku blablabla"

Sejujurnya, I dan suami pernah buat keputusan sekiranya perkahwinan kami mencecah 5 tahun dan masih tidak dikurniakan zuriat,maka kami cadang untuk ambil anak angkat dan di jdikan anak susuan.

Idea anak angkat/susuan kami dah fikir dulu dari orang yang mencadangkan. Akan tetapi, setelah berbincang kembali,kami putuskan utk hold dlu atas beberapa sebab;

1)Kami pjj secara tidak tetap.Kadang2 dua mggu sebulan, kadang2 sminggu sebulan kerana tuntutan belajar.

Kadang2 I ada urgent matter di Kuantan yg memerlukan I rush to Kuantan. Samada dengan husband or not.

2) Mampu. Jika mampu itu dikira atas soal duit sahaja maka kami secara kasarnya mampu tapi sekiranya mampu itu dilihat 360 darjah,  kami tidak sebenarnya. Dari segi emosi, masa, kesihatan dsb.

3) Kami baru shj memulakan rawatan secara intensive di klinik kerajaan yg mana I akan cerita kemudian dan I sangat positif tentang rawatan ini. Walau apa pun, kami percaya...KUN FAYAKUN.

Sekian,terima  kasih.

June 29, 2018

My TTC Journey 2018 Part One

uSo, masa MO interview beliau akan tanya period cycle, sex frequency per week, dah berapa lama dah kahwin, pernah makan pil hormon/perancang tak etc...

Masa ni suami tak masuk ikut sekali sebab ktorg expect dia just akan rujuk kepada pakar terus. Rupanya tidak. Hari yang sama buat blood test utk LSH/FSH pastu diberi tarikh utk blood test utk progresterone (p4) hari ke-21.

Unlucky me sebab lambat lg hari ke-21 dan ianya jatuh pada hari cuti. So, pada bulan 12 baru lah aku boleh buat test hormon p4. Dan pd bulan April 2018, tarikh temujanji pertama di Hospital Jerteh utk jumpa pakar OnG. Selain dari tu, untuk pihak suami, beliau kena collect sperma dan hantar ke lab utk analysis (SFA).

Masa rawatan di klinik kesihatan tu tak ada scan or something. Cuma MO akan interview masalah kita, blood test utk perempuan dan SFA utk lelaki dekat hopspital daerah. Itu shj. Dan dh ready semua, MO akan bg tarikh temujanji untuk jumpa pakar di hospital dearah.

Sekian, untuk fasa pertama rawatan. So, on 23 April 2018 adalah tarikh temujanji bersama pakar pertama aku di hospital daerah.

Thanks for reading.