June 17, 2011

sayangi diri-sendiri|balasan akibat tidak menutup aurat

Assalamualaikum w.b.t.

Hari Jumaat hari mulia.Penghulu segala hari.Moga-moga korang sihat semuanya. Bila hidup sy dah mcam kacau bilau sikit apa sy buat ialah susun balik rutin sy.sy pulang kepangkal jalan.check apa yang kirang hari-hari saya berbanding sbelum ini..oh..rupanya,banyak silap yang saya dah lakukan.banyak amalan-amalan yang sebelum ni saya buat saya abaikan dek kerana kesibukan.




Bila ada waktu terluang,sy amek sedikit waktu untuk muhassabah diri sendiri..sungguh banyak kelemahan diri,sungguh banyak silap saya buat selama  ini.kadang-kadang saya menangis sendiri mengisafi diri.cepat-cepat sy beristighfar..memohon taubat daripadaNya...


Apa kesalahan saya yang amat ketara adalah bab-bab aurat.angkara ingin jadi fashionable,sy lupa larangan agama.angkara ingin kelihatan cantik depan kawan-kawan lupa hukum Allah..masyaAllah..Tertarik saya untuk tahu apakah balasan-balasan di akhirat kelak bagi wanita yang tidak menjaga aurat..masyaAllah..saya takot.semoga Allah terima taubat hambaMu ini.



Mari kita sama² merenungkan apakah kita tergolong dalam golongan ini...

1) balasan bagi wanita yang membuka rambut kepalanya kepada selain suaminya, ia akan digantung dengan rambutnya di atas API NERAKA sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya..

2) dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung atas API NERAKA dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

3) betis, peha dan lengan yang terselak sedia untuk dipanggang macam masywil (BBQ) pedihnya tidak terkira…….

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu diseksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyeksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.

 Ya Allah berulang kali sye bace..tkt tergolong antara salah satu dari mereka..Ya Allah Engkau lindungilah kami dari seksa azab api neraka, dan jadikanlah kami muslimah yg menutup aurat serta muslimah acuan al-Quran..insyaAllah.



1 comment:

Anonymous said...

must check Inspired handbags for more I0PD0616