June 20, 2011

secangkir teh pengubat letih|review

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah abes jugak aku khatam buku ni (secangkir teh pengubat letih(STPL)).okay sebenarnya aku bukanlah reti sangat nak buat ulasan buku-buku yang aku baca lebih-lebi lagi buku yang agak ilmiah macam STPL ni.buku ni lebih kepada sejarah turki,kisah kembara penulis(hasrizal abdul jamil (saifulislam.com)) di bumi penuh sejarah penuh barakah TURKI.Subhanallah setiap kali penulis bercerita tentang Turki sejujurnya,aku berasa macam aku berada di sana.ke aku yang kuat berangan or aku sedang menjiwai watak.dan Turki adalah negara yang aku teringin sangat nak pergi selepas tanah suci.note that..hahha

apa isu paling berkesan dalam hati aku ilah tentang ukhwah sesama ISLAM.Penulis merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan.Tetapi kerap kali kr Turki kerana di Turki telah terbinanya ikatan persaudaraan di atas nama ISLAM.boleh korang bayangkan,penulis tak mahir bahasa Turki pada awlnya dan rakan-rakan Turkinya pula tak mahir berbahasa Arab apatah lagi English.Namun,bahasa bukan  satu halangan bagi penulis serta rakan-rakan barunya di Turki.Jadilah KAWAN,jangan mencari KAWAN.

Selama ni aku pon ingat Turki negara sekular selepas jatuhnya Kerajaan Othmaniyyah.Gara-gara si Atartuk itu.Rupa-rupanya,yang sekular itu pemerintahnya sahaja tidak pada rakyatnya kerana terdapat masyarakat Islam di sana lebih teliti,lebih rapi dan segala lebih elok dari kita di Malaysia walau negara kita dicanang-canangkan sebagai NEGARA ISLAM.itulah yang penulis katakan,Ia bukanlah pemerintahan mewakili rakyat.


dan isu besar jugak di Turki ialah pemakaian hijab oleh kaum wanita si sana.Kalau di Malaysia kita bebas mahu bertudung ataupun tidak.itu semua bergantung atas kesedaran diri sendiri tentang hukum Allah.Tapi di Turki,pada suatu masa (sekarang aku tak pasti masih diharamkan ke tak) kaum wanita diharamkan bertudung di tempat-temat seperti di kuliah dan tempat awam.Sehingga kan ada muslimah disana tak ambil exam sebab jika mahu amek exam,tudung kena bukak.Kita di Malaysia??fikir-fikirkanlah..

Bila baca buku ni jugak,buat aku rewind balik berita-berita tahun 90-an dulu zaman aku kecik-kecik..sapa cakap budak kecil mcm aku masa tu tak tahu perkembangan semasa??dan aku syorkan kepada semua orang baca buku ni..membuka mata dan minda kita yang selama ini terlalu bergantung kepada satu sumber sahaja..

Huh..banyak sangat dah aku menulis.erm..jika menulis banyak kemungkinan merapu dan kurang ilmiah jadinya.tsampai yang seterusnya aku akan kemaskini balik.dan sesapa yang ada baca buku ni,bolehla komen dan jika aku ada tersalah tulis akibat kesalahfahaman aku..i'm open to hear that.

keyb0ard oFF.

No comments: