August 19, 2011

Andai ku tahu,Tapi aku tak tahu.

Assalamualaikum w.b.t..
kawan-kawan sihat?alhamdulillah.Aku diuji dgn kesihatan kurang memberangsangkan di kala bulan Ramadhan.Tapi syukur masih diberi peluang untuk merasai barakahnya Ramadhan.
Bila mengenangkan keadaan kesihatan yang sejak kebelakangan ni agak lain dr biasa.Mula terfikir akan satu ketentuan Allah pada setiap makhluknya yang bernyawa.Muda bkn satu janji akan sentiasa sihat,tua bukan satu keadaan kita akan sakit sentiasa.Ajal dan Maut datang tanpa mengira peringkat umur.Kematiaan tidak akan bertangguh walau sedetik.
Tatkala dahulu kita pernah berjanji dengan yang Maha Esa,maka suatu masa yang kita sendiri tak tahu kadang-kadang kita tak menjangka adakalanya juga kita masih tak bersedia.Datang malaikat maut membawa kita kepada Maha Pencipta seperti yang dijanjikan dahulu.Kata bijak pandai,org yang bijak itu sering mengingatkan akan kematian.Cukup bijakkah aku dalam membuat persediaan ke alam seterusnya?Pernha kah aku merancang segala bekalan ke sana?Atau aku tergolong dlm kalangan umat-Mu yang leka dengan keduniaan.
Aku punya impian.Aku seorang perempuan normal juga memasang impian tentang masa depannya.
Ya Allah berilah hambaMu ini merasai nikmatnya alam perkahwinan sebelum aku menutup mata.Ya Rabbul Izzati,aku juga mahu merasa detik-detik mengandungkan bayi darah dagingku sendiri.Aku juga mahu merasa sakit melahirkan.Ya Allah Ya Rahman Ya Karim,luangkanlah satu peluang kepada aku menjadi ibu yang menyusukan anaknya.Ya Allah aku juga mahu mengajar anakku mengaji Al-Quran walaupun hanya sempat Al-Fatihah supaya suatu hari nanti sekurang-kurangnya dapatlah disedekahkan kepadaku.Ya Allah aku mahu lebih dari ini tapi akan daya jika kau memanggilku terlebih dahulu.Aku tiada alasan mahupun kuasa untuk menolak.
Ya Allah jika ini Ramadhan terakhir buatku,jadikan Ramadhan ini yang terbaik buat ku Ya Allah.Ketemukan aku dengan malam seribu bulan.Jika ini bukan yang terakhir buatku,janganlah sesekali kau leka lagi dengan mainan dunia.Terimalah taubat hambaMu yang kerdil ini.Amin Ya Rabbal 'Alamin~
*maaf jika dirasakan agak mengarut.jika ada salah silap dimana,tegurlah.sekian~Wassalam

No comments: