October 16, 2011

Siapakah sahabat mu??

Assalamualaikum w.b.t
"Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah."quote from somewhere.

Rasa geram?
Kecik hati?
Meluat?
Menyampah?
Sakit hati?

Semua benda tu bagi aku common sebagai manusia yang bukan maksum.Cuma bagaimana kita control benda-benda macam ni sangat-sangat penting.Perasaan orang kita kena jaga.Especially perasaan keluarga kita.Second org-org terdekat dengan kita.For instances,kawan kita.Biarlah sesakit manapun dia buat pada kita,maafkanlah dia.Dia juga manusia yang melakukan kesilapan.Kesilapan bukan bermakna hanya sekali tetapi boleh jadi berkali-kali.Kesabaran juga bukan sekali tetapi TANPA HENTI.

Biarkan orang tak nampak pengorbanan yang kau buat.Asalkan kau happy dengan apa kau lakukan.Jangan serik untuk berkawan.Indahnya persahabatan kerana pergaduhan bukan keseronokan semata-mata.Carilah kawan yang sentiasa berada di sisi mu walau senang atau susah.Cari lah teman yang mampu menerima mu walau kau tinggal di pondok usang dan dia menhuni banglo.

Sekian.
*Thanks for reading
**Keyboard off.

No comments: