July 11, 2009

dEdicatEd to AllaHyarHAm Mohd NAfis

Ketika rindu itu masih bersisa
Kau pergi jauh meninggalkan aku
Kau pergi jauh meninggalkan keluarga

Ketika rindu itu masih bersisa
Aku sering terkenangkan waktu kecilku
Hidup senang dan riang gembira bersamamamu
Ketika itu aku tak mengerti lagi setiap bebelan mu
Aku juga tidak mengerti setiap pukulan mu
Bahawa itu tanda kasih sayang mu pada ku

Ketika rindu itu masih bersisa
Aku sedang berusaha di menara gading
Kau tak pernah henti memberi aku semangat dan nasihat
Aku pula lakukan semua ini kerana mu abah
Aku tak sanggup melihat mu terlantar kesakitan

Ketika rindu itu masih bersisa
Aku teringat
Setiap kata-kata ku pada mu
Sungguh biadap aku terhadap mu dulu
Aku berdosa
Aku menyesal
Tapi...
Kini kau tiada lagi di dunia yang fana ini
Ketika ini juga rindu itu masih bersisa lagi
Dan akan bersisa buat selamanya

Abah,
i MISS u!!!!

No comments: