July 11, 2009

kEpinG hatI


KEPINGAN HATI.

Hati aku hanya untuk lelaki yang serius mencintai ku.Hati aku bukan barang mainan kanak-kanak yang boleh dibeli baru seandainya rosak. Ternyata memang silap ku kerana menerima cinta dari kaum Adam seawal usia ku 16 tahun. Bodoh apabila difikirkan kembali. Dengan mudah aku menyerahkan keping hatiku buat seorang lelaki yang nyata bukan halal bagi aku.Betapa berdosanya aku kepada bakal suami ku nanti. Sebaik-baik muslimah hanya menyatakan CINTA dan SAYANGNYA kepada suami tercinta. Hati aku sudah tidak sesuci hati MARYAM ibu Nabi ISA yang sememangnya tidak pernah mencintai orng lain selain ALLAH. Hati aku telah dicemari titik hitam.Berdosanya aku YA RABBI. Tetapi tidak mungkin hati ini boleh disuci seperti hati RASULULLAH yang Disucikan oleh malaikat ketika peristiwa ISRA’ MIKRAJ. Sudikah ALLAH menerima taubat hambaMU ini lantaran hatiku telah dicemari noda-noda kotor.

YA ALLAH....

HambsMU ini sering alpha dan leka tentang cinta pada sang PENCIPTANYA. Hamba MU ini selalau leka dengan keduniaan. KINI, hamba MU ini sedar bahawa cinta dunia sia-sia belaka. Dunia ini hanya ujian pada umat-umat MU.Aku insaf.......

No comments: