salam.hal haid,nifas, dan istihadah ni sume kena tahu dan fahami betul2 tak kiralah lelaki mahupon perempuan.yang bernama lelaki tu jgn biar dan tengok je bini2 korang dan ank2 perempuan korang datang bulan sebulan or even setahun..
jom baca..
jom baca..
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita  dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan.  Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu  keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah  yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas.  Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah  yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali  atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula. 
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya  Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu  meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah  darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu  haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy,  ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah,  sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat  al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih  keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi,  bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut  adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah 
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita  mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah  cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):
| Keadaan | Haid | Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau   Istihadah | |
| Tamyiz (Membezakan) | Adat | ||
| Pertama | Dapat membezakan antara darah haid atau bukan. | Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid. | Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah  yang   berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya  darah yang   berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap  istihadah. | 
| Kedua | Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan. | Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid. | Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira  menggunakan   kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari,  maka hari ke-8 adalah   istihadah. | 
| Ketiga | Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan. | Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid. | Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat  kebiasaan   wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh  mengikut   kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang  hampir sama   dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan  yang dekat atau   lain-lain pertimbangan. | 
| Keempat | Dapat membezakan antara darah haid atau bukan. | Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid. | Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan  adat   sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam  tempoh biasa   haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.  Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka   menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat: 1. Tamyiz diutamakan. 2. Adat lebih diutamakan. | 
Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan  dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid.  Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya  perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah  juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka  perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini  berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang  bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu  berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini  bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat  Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.  
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu  membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk.  Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku  beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat  menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.”  Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah:  “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka  pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan  oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah  dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru,  darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah  untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga,  mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut  Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian  mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun  hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan  sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah  dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh  bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.
4 comments:
info yang bagus. ramai wanita belum tahu...:) nanti nak share eh...
ok..ni pon sy amek dr telaga biru..
tQ for dropping
great info babe.......tq..............=p
-long-
long,ai cari ni pon sbb teringat kat u taw..jgn trase k..
Post a Comment