May 14, 2011

tangan-tangan megic mak saya.

selamat petang semua.wah..tertangguh entry bermakna aku semalam.blogger under maintanance..abis komen-komen peminat aku hilang..~bajet hot okay~

ok.bukan nak bebel pasal tu.let's move to the main point here.hari tu menjelang musim peperiksaan dan juga musim menyiapkan projek aku mengalami back-pain yang teramat,ini semua gara-gara asyik mengadap laptop 24/7.tapi ada pihak tang claim saya mengada-ngada.orang lain tak sakit pon duduk bertenggek depan lappy lelama.apa aku kisah orang lain.aku tak sama macam orang lain.TITIK!

nak dijadikan cerita bila dah selesai semua projek.sy dengan segera pulang ke rumah.alah mahu bertemu mak dan adik-adik sebelum berjuang di depan kertas peperiksaan walaupon sela masa hanya beberapa hari saje sebelum exam.dan tanpa berlengah saya usulkan tentang sakit saya kepada si emak.si emak berasa bimbang sekiranaya saya tak dapat fokus study gara-gara sakit belakang.lalu si emak membawa si anak(saya) ke rumah urut.

amat malang bagi si anak kerana tukang urut tiada.inilah gara-gara tidak buat appoinment dengan tukang urut itu.si anak pasrah.si anak terpaksa meneruskan pelajaran dan datang mengurut selepas musim peperiksaan.akan tetapi apabila tiba pada waktu malamnya,tatlaka si anak sibuk mentelaah.tiba-tiba si anak menjerit dan meraung kesakitan seperti diterajang orang.lalu,si anak memberitahu ibunya.melihatkan si ibu sedang tidur si anak tidak sampai hati mengejutkan si emak.lalu si ank terus mengulangkaji pelajaran secara meniarap beralaskan bantal pula.

menitis airmata si anak apabila kesakitan datang lagi.ingin mengadu pada si ayah.si ayah sudah tiada.si anak tekad menyuruh si ibu mengurut belakangnya.si ibu berkata "mak xreti urut tapi mak gosok-gosok je".si ibu mengosok secara perlahan sampaikan si anak tertidur bersama buku-bukunya.apabila si anak bangun si nak melihat si emak masih lagi menggosok belakang si anak wlaupun dengan mata sekejap bukak sekejap tutup."cukuplah mak.esok-esok ok lah tu"lalu si emak ibarat orang yang sudah terlelap disorongkan bantal dengan selimut terus tertidur..

esoknya si anak pulang ke universiti dan menempuh peperiksaan dengan jayanya.amin..berkat tangan-tangan magic mak saya saya  dah tak sakit belakang lagi.sepanjang minggu peperiksaan saya dah tak sakit belakang.
terima kasih mak saya.saya sayang kamu.terima kasih untuk urutan itu.selamat hari ibu walau sudah terlewat beberapa hari..heheh..

till next..wassalam

No comments: