June 8, 2011

Payudara bernanah by metro

KUALA LUMPUR: Ketaksuban wanita yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai payudara menarik demi memuaskan hati teman lelakinya bertukar mimpi ngeri apabila terpaksa menanggung kesakitan kesan daripada pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat rawatan kosmetik di ibu kota, tahun lalu.
Niat wanita terbabit, Tham Mei Leng, 30, ingin memberi kejutan kepada pasangannya selepas lelaki itu sering bersungut dia mahu kekasihnya kurus dan berpayudara besar menyebabkan mangsa nekad melakukan pembedahan itu bagi memenuhi tuntutan teman lelakinya.
Bagaimanapun, kejutan yang diharapkan tidak kesampaian sebaliknya dia menanggung kesakitan sehingga kini akibat pembedahan itu tidak berjaya malah menyebabkan payu daranya bernanah dan kehitaman.

Lebih menyedihkan RM13,100 yang digunakan untuk kos pembedahan itu menjadi episod hitam dalam hidupnya apabila tubuh badannya menjadi hodoh sehingga percintaannya selama lima tahun dengan teman lelaki terputus gara-gara lelaki itu tidak dapat menerima kekurangan dirinya.


Mei Leng berkata, penderitaan dialaminya kini bermula pada 11 Mac 2010, apabila kenalan mencadangkannya membuat rawatan kecantikan di premis di sini.

*komen aku
 tu lah bila taksub sgt nak cantek,tak bersyukur dgn apa Tuhan bg.nak cantek boleh tapi jgn cari jalan pintas.
as muslim kita tak boleh ikut cara seperti di atas..HAROOMMM..semoga kisah ini dijadikan pedoman.hehe
sumber

4 comments:

-long@wani- said...

betol2......bersyukurlah dgn ap yg dikurniakan Maha Pencipta....xperlu la kita nk ubah apa2 as long as ianya xmemudaratkan dri kita

iQapiQa said...

btol3..nanti tuhan bagi balasan yg setimpal jika kita tak reti nak bersyukur

alinac lover said...

aiyo..pasal teman lelaki buat gitu? gila btoi!

iQapiQa said...

sbb teman llki dia ngong..nak yg cantik je..