July 5, 2011

Palestin|Jantung umat Islam seluruh dunia.


Assalamualaikum w.b.t

Setelah entry yang lepas-lepas banyak saya bagi gambar-gambar.Hari rasanya rajin buat cari gali.Isu antarabangsa adalah isu-Plestin yang memang tak sudah-sudah penduduk Palestin di tindas pleh pemerintah Israel yang kejam.Misi kemanusiaan freedom flotilla 1(betul ke eja ni??) tahun lepas meragur 19 nyawa akibat serangan puak-puak yahudi laknatullah.Misi kedua kali ini kita doakan selamat tiba di Genting Gaza.Jika ada antara mereka terpaksa berkorban nyawa saya rasa mereka ni,golongan-golongan syahid.

Okay..

Mengapakah Palestin begitu istimewa bagi umat Islam??

1)Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.
Di Masjid Al-Aqsa ini pula Rasulullah SAW melakukan isra’ dan di sini baginda memimpin solat bagi para nabi dan rasul. Ia menggambarkan suatu simbol bahwa Rasulullah SAW adalah pemimpin mereka. Kemudian dari Masjid Al-Aqsha, Rasulullah SAW. melanjutkan perjalanannya menuju Sidratil Muntaha untuk menerina kewajiban yang paling agung, iaitu solat lima waktu. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah peristiwa yang sangat penting dalam sejarah umat Islam.

2) Terdapatnya Masjid Al-Aqsha yang menjadi Qiblat pertama umat Islam sebelum Allah s.w.t mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram.Dan perubahan itu diabadikan Al-Qur’an di dalam surah al-Baqarah ayat 142.
“Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
Perpindahan kiblat ini sendiri memiliki banyak hikmah yang dirasakan umat Islam sampai sekarang.
3) Terdapat masjid (Masjid Al Aqsa) kedua dibina selepas Masjid al-Haram di Makkah.
Disamping kiblat pertama umat Islam, masjid ini juga merupakan masjid kedua yang terbina di atas mukabumi, dan tempat suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak boleh mempersiapkan untuk melakukan perjalanan ziarah, kecuali pada tiga masjid; Al-Masjid Al-Haram, Masjid Rasul saw. dan Al-Masjid Al-Aqsa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

4) Bumi Palestin merupakan bumi kelahiran para Nabi dan Rasul 
Palestin adalah tempat yang bermakna untuk umat Islam kerana di situlah pusat kenabian. Ramai nabi-nabi yang diturunkan dan dilahirkan di Bumi yang penuh barakah Palestin. Palestin adalah bumi para nabi di mana, dimana seramai 50 orang nabi dan rasul  mengajarkan risalah tauhid kepada umatnya. Tidak ada sejengkal tanah di Palestin, kecuali di sana ada nabi yang menyembah kepada Allah dan menyampaikan ajarannya kepada umat. Dari mulai Nabi Ibrahim AS. dan keturunannya Nabi Ishak AS, Ya’qub AS, Yusuf AS dan saudara-saudaranya. Kemudian Nabi Daud AS dan Sulaiman AS. Seterusnya, Nabi Musa AS, Harun AS, Zakariya AS, Yahya AS, dan Isa AS.

5)masjid ketiga suci dan mulia selepas Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi.
Disamping tempat ini disucikan oleh Allah SWT, tempat ini juga tempat yang diberkati oleh Allah SWT. Keberkatan dari nilai-nilai spiritual kerana para nabi menyampaikan risalah di tempat ini, dan keberkatan material kerana kekayaan alam, kesuburan, dan letaknya yang sangat strategik serta alamnya yang indah.
Rasululullah SAW melaui hadis-hadis baginda banyak menyatakan kelebihan Bumi Palestin, iaitu Baitul Maqdis dan juga Masjid Al-Aqsa.
Dari Abu Darda’ menceritakan Rasulullah telah bersabda, “Solat di Masjid Haram seratus ribu kali solat, solat di Masjidku seribu kali solat dan solat di Baitul Maqdis lima ratus kali.”
(Dikeluarkan Hafidz al Munzir, dari At Tabarani)
Oleh sebab itu,bukanlah menjadi tanggungjawab umat Islam di bumi Barakah Palestin sahaja untuk menjaga serta mempertahankannya juga menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia.
Sekian terima kasih.
KeyBoard 0ff.

No comments: