July 23, 2011

penyakit medu atau angin|pencegahan dan nasihat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dapat bernyawa lagi hari ini wlau dalam keadaan badan yang layu2 bak sayur expired.Oleh kerana angin menyerang lagi maka dengan ini saya nk share lah cara pencegahan dan apa yang patut dan tak patut di makan oleh pesakit angin/medu/gastrik macam saya.

Cara-cara mengelak dari penyakit ini:-
  1. Kawalkan perasaan supaya tidak selalu rungsing.
  2. Mengawal makanan, makanlah mengikut waktu.
  3. Mengelakkan diri daripada belapar yang berpanjangan dalam satu masa.
  4. Bahan-bahan yang mengandungi kafien mestilah dielakkan.
  5. Senaman juga perlu bagi menghindari dari serangan penyakit ini.
  6. Elakkan dari memakan bahan-bahan yang merangsangkan rembesan asid dalam perut.
NASIHAT
  1. Sentiasa minum susu lembu/kambing asli atau air kacang soya.
  2. Hindarkan dari memakan makanan yang serba masam.
  3. Jangan terlewat makan.
  4. Sentiasa berpuasa.
  5. Jangan minum air yang bergas.
  6. Jangan sama sekali memakan makanan yang bercampur dengan minyak sapi.
 Dan menurut pengalaman pemakanan saya antara makanan yang harus dielakkan supaya ribut taufan angin tak datang kepada pesakit ialah:
  1. Pisang esp pisang nangka.Macam saya sebarang pisang akan membawa malapeteka kpd badan saya.
  2. Kacang.kacang panjang,kacang buncis,kacang panjang,kacang bendi bak kata pepatah sebarang kacang lah walaupun kacang mengelembu.Kacang boleh menyebabkan kembung.Even tempe pon tak boleh.
  3. Minuman berkafien conyohnya teh,kopi,nescafe,mocha dan juga yang berkarbonat etc.
  4. Terung.
  5. Makanan yang sejuk contohnya ais kacang,abc,cendol,minuman berais,aiskrim.Kalo rasa jugak nk makan ABC order ABC panas tanpa Ais OK??  Tu aja lah yang saya ingat setakat ni..Semoga perkongsian ini bagi manfaat utk semua OK?Info-info ni pun saya google je..Sekian terima kasih kerana sudi membaca.Wassalam.Keyboard Off.

No comments: