August 4, 2011

Rungutan seorang penjual kuih bermotor

Assalamualaikum w.b.t dan hai!!

Lega!mlm baru dapat curahkan kasih syg pd blog.Siang hari yg sibuk menyelesaikan itu ini.Alhamdulillah.
Tadi masa mak aku pegi beli kuih dan pergi amek bekas kuih kat pakcik penjual kuih bermotor terdapat kelesuan dan rungutan dari pakcik tu.Untuk pengetahuan semua pakcik nih dah menjual kuih pd hari2 biasa dan hari tak biasa seperti bulan ramadhan dah lebih 20 thun.seingat aku aku kecik2 umo 6 7 tahun aku dah pegi beli kuih kat pakcik ni nama dia pakcik mat.Jom ikutan keluhan pakcik mat.

"Dah hampir 20 tahun lbh jual kuih bln pose,taun ni paling tak best skali.Bayangkan taun2 lepas sume kuih abes dijual.Sebiasanya ketupat org hantar RM30 semua habis.Taun ni hantar RM20 pon tak abes,Kuih muih lain apetah lagi.tak bape laku" 

Tambahan pak mat lagi masa dia pusing2 kampung jual kuih banyak gerai-gerai tepi jalan dibuka.Yang mana tahun-tahun lepas tak ada pon.Ada pelanggan dia dulu pon ada bukak gerai jual kuih.Dan pakmat rasa kan ini mungkin salah satu faktor kemerosotan jualan dia.

So,pada pendapat aku semua ni terjadi apabila rmai yang mahu mencari duit lebih atau pendapatan sampingan berikutan kenaikan harga barang.Sapa nak deny harga barang tak naik dengan aku?Sapa nak argue dengan kau yang kenaikan harga barang oleh kerajaan is something for good?Dengan gaji yang tak ciput esp yang kerja kerajaan memang wajarlah dorang cari duit lebih.Rmai kakitangan kerajaan merungut,dornag keje kemain banyak tapi gaji ciput.Melihat kepada status negara maju Malaysia bagi aku takat gaji yang ada sekarang amatlah tak wajar.Bila lah agaknya kerajaan tak jalankan GAJI MINIMUM tu.

Betullah orang cakap rezeki masing2 kan.Biarlah sape pon nak jual ape pon kat mana pon asalkan tak buat taik kat peniaga lain.Tapi situasi sekarang nih perlu kita cakna memandangkan  ramai rakyat berlumba lumba buat keje sampingan.Kalo gaji dah cukup xde pon rmai2 nak berlomba berniaga mcm sekrg melainkan yang betul2 minat nk berniaga.Dan boleh kata aku salah seorang darinya.Yelah sejak abah dah xde aku tlg2 lah mak aku cari duit dgn berniaga.Alhamdulillah rezeki family aku kat berniaga jugak.Bukan xdpt pencen,tapi cukup jelah pencen tu dengan adik2 aku ada 3 org lagi bersekolah.

Akhir kata(mcam org ceramah),isu nih bukan perkara kecik sekarang.lebih2 lagi melibatkan periuk nasik rakyat.Bila melihat jangan pandang depan je,sekali sekala tgk prg belakang.Bila mendongak,jangan bangga dengan apa kita tengok di atas sana sebab cuba kita tunduk lihat kebawah masih ada lagi tak merasa naik kereta sendiri,masih ada lagi tak pernah menekan keyboard mcm kita,dan paling penting masih ada lagi tak merasa rumah ada sumber elektrik.Pikir-pikirkanlah wahai sahabat sekalian.Sekian.Wassalam.

P/s:sebelum puasa beli akok singgit dapat 2 bijik,sekarang 3 bijik RM2.hohohohoho.kenal dop akok?
keyboard Off.


4 comments:

Secret Drifter said...

wow terbaik n setuju sgt la !!

Syafiqah Nafis said...

thanks for dropping here!!

amirbulat said...

pok mak nege ngan muto die ag ke lening???

Syafiqah Nafis said...

amirbulat:mestilah.tapi pok mat nak benti doh jual bulan pose nih..