October 7, 2011

surat utk anak-anak perempuan mama|Part 1

Assalamualaikum w.b.t buat kakak dan adik-adik.kakak n adik-adik sihat tak?mama berharap sangat anak-anak mama sihat walafiat.abang jaga kakak n adik-adik elok-elok tak?kalau abang asyik SMS dengan makwe dia,bagitahu papa.nanti mama dan papa tlg pinang kan.Cool tak mama dan papa?hheheheh

Anak-anak perempuan mama mst cantik mcm mama nya kan?yang lelaki mesti kacak bergaya seperti papa dan arap-arap tak BOTAK mcm papa.bia papa je botak yang kacak di hati mama.cewahhh.Tujuan mama tulis surat ni bukan nak merapu mahupun mengimbau kenangan lalu.Surat ini mama tujukan khas untuk KAKAK dan adik-adik perempuannya atas arahan papa tercinta.tahukan papa sayang anak-anak dia.

dear kakak dan adik-adik sejenisnya,

kamu semua dah besar panjang.dah akil baligh.mama pon dah hantar kamu semua ke kelas agama tambahan lagi tazkirah panjang papa setiap kali maghrib mama harap kamu semua dapat aplikasikan dalam kehidupan kamu seharian.

Mama nak ingatkan kembali sebelum keluar rumah,check penampilan diri kita.

  1. Kakak pakai tudung jarang nampak leher ker tak?Kalau tak pegi tukar sebelum papa tarik muka taknak bercakap dengan kakak.bukannya apa bila kakak buka aurat nanti papa terheret sama ke neraka.Tak kesian kat papa ker?Hari-hari papa jaga ibadah papa tapi tak dapat ke syurga sebab kakak.Kakak sayang papa kan?
  2. Kedua,kakak pakai tudung tutup dada tak?Bagus kakak.Kakak mmg syg papa,abang dan adik-adik lelaki kakak yang lain.Mama tak mengharap kakak dan adik bertudung labuh puun cukup sekadar menutup dada.Tapi ingat bukan sekadar atas dada,tapi biarlah bila kita bergerak ke kiri kanan or melompat sekali pon tak membuka aurat.Kan nanti kita sekeluarga nak berkumpul di syurga.Kalau kakak buat hal dedah aurat,kakak takkan jumpa abang dan adik-adik lelaki kakak kat syurga sekiranya mereka pon tak menegur kakak mendedahkan aurat.
Ok lah kakak.setakat ni dulu surat dr mama.Next time kita jumpa lagi.Mama tak sabar nak keluar bersiar-siar dgn papa kat luar sana.Kat luar sana bunga sakura sedang mengembang.Cantik!Kakak di jordan mcmna?

sekian,
dr mama dan papa di Tokyo,Jepun

2 comments:

Syariniey Amran said...

bagus pesanan mama macam ni..rasa insaf..

Syafiqah Nafis said...

sya,hehe.tq!