October 13, 2011

surat utk anak-anak perempuan mama|Part 3

Assalamualaikum w.b.t Kakak.

Mama menulis lagi.Hope Kakak sudi baca.Pada siapa lagi mama mahu membebel kalau bukan pada kakak dan adik-adik.Papa?herm..mama pulak kena bebel bila dah tua-tua macam ni.Tapi Mama harap ni bukan sekadar bebelan kosong,Mama nasihat.Mungkin bila kita face-to-face Kakak mungkin rasa tercabar dengan teguran Mama,so harap cara ni Kakak boleh terima.

Mama harap Kakak sihat-sihat saja di negara orang.Mama di Pulau Nami.Ingat dulu-dulu kawan-kawan Mama suka citer Winter Sonata,kat sinilah citer tu shooting.Pulau Cinta.So,Mama datang ke sini dengan CINTA HATI mama.Sangat cantik.You should come here someday OK?

Dear Kakak,
Dalam perjalanan Mama dan Papa ke beberapa negara Mama dan Papa jumpa macam-macam jenis muda-mudi.Kakak,Abang,dan adik-adik kategori mana.Mama takot oleh sebab Mama dan Papa selalu jauh dari anak-anak.Mama takot mama tak cukup bagi kasih sayang pada anak-anak Mama.Tapi,Papa sangat cool.Dia percaya semua anak dia.Tu lah beza mak dan apak.

Kakak,kakak kalau keluar jalan-jalan make sure keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan.Jika ada kawan lelaki tolong guide kakak dengan kawan-kawan lagi bagus.Kakak di negara orang dengan budaya yang berbeza dengan Malaysia.Kakak mesti pandai pilih kawan.Kawan cermin diri kita.Kawan mesti yang boleh beri nasihat dan menegur salah kita.Bukan kawan yang sama-sama hanyut dengan kita.Dan juga bkan kawan yang hanya ada dengan kita sewaktu senang.

Jadilah kawan yang sedia menolong kawan dalam segala hal.Satu lagi Mama nak tekankan,jangan kedekut ilmu.Ilmu semakin diperam semakin kurang.Biakkan ilmu kepada semua.Tak apa,jangan bimbang bila kita berkongsi ilmu tapi kita tak jadi TOP#1 pun.Sebab kita belajar bukan nak kejar kedudukan.Kejar ilmu seluas alam.Ikhlaskan hati kerana Allah pasti berjaya.Mama wait for your success sayang.Tapi doesn't mean you should be TOP#1.Be the TOP#1 is just a BONUS.

OK lah mama should stop here.Banyak lagi tempat mama nak pergi dengan papa.Spending time for 2nd honeymoon is worthwhile.Till then ok.Take care.

Mama dan a lil bit Papa,
Nami Island.

No comments: