April 6, 2012

Takutlah pada Allah melebihi yang lain.

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat dan Salam Keberkatan.

Lately ada banyak perkara buat aku terfikir dengan ragam manusia yang aku jumpa hari-hari,yang aku tgk muka hari-hari yang kadang-kadang terserempak kat surau,lrt,kedai makan dsb..

Manusia macam-macam ragam.Bila bercerita pada org yang mungkin tak paham,ada yg akan beranggapan aku mengutuk org,aku mempertikaikan sikap org.Susah bila org tak kenal kita dengar kita bercerita.Macam-macam tafsiran ttg kita dia fikir.Ok..let's drop that topic.

Perkara utama yang aku nk membebel panjang lebar harini mengenai ragam manusia juga.Cuma ragam dia dari segi hukum agama betul ke tidak dan dari aspek budaya kena ke tidak??

Aku taknak bercakap ttg fakta 100% sebab aku rasa korang boleh google boleh tanya orang yang bijak pandai.Ada satu jenis golongan hamba Allah yang aku jumpa Ketakutan dia pada hal-hal hantu,jin,pocong,santau,sihir dsb melebihi ketakutan dia pada kekuasaan Allah.Kenapa aku cakap macam tu?aku pandai-pandai tafsir org saje-saje ke?InsyaAllah tidak.

Bayangkan aku pernah berjumpa seorang hamba Allah ni bila bercerita ttg hantu,jembalang pocong dbs dia lah bagi aku tahu segala hal.Dari doa pendinding sampai lah ustaz mana yang nk jumpa bila terkena benda-benda tu semua sampailah ustaz mana yang dia tak pernah jumpa.Kadang-kadang aku cukup kagum dengan ilmu dia.Ada yang bila dengar cerita hantu takut.Tutup telinga.Seboleh-bolehnya taknak dengar.Macam-macam lagilah.

Apa yang silap pada hamba Allah nie?Aku tak tahu lah nk cakap dia tak boleh hidayah dan petunjuk dr Allah ke hape ke..Tapi ape yang tidak kena pada hamba-hamba Allah ini?Mereka takut benda-benda yang mereka tak nampak tu tapi tidakkah mereka takut pada seksaan bagi mereka yang tak menjaga solat?Apatah lagi yang langsung tidak pernah bersujud ada sejadah.Telekung dan sejadah jadi hiasan dalam almari semata.

Mungkin mereka pernah nampak makhluk-makhluk itu namun mereka tak nampak azab barang siapa yang meninggalkan solat.Meraka takut diganggu makhluk-makhluk halus tapi adakah mereka takut diseksa di alam kubur dan akhirat kelak.Sedih bila tengok senang-senang je segelintir umat Islam meninggalkan solat.Tidak kah mereka tahu solat itu tiang agama?

Tapi aku hamba Allah yang lemah,mahu menegur tiada kekuatan lebih-lebih lagi pada yang lebih tua pada aku.Baru aku sedar sukar nye menjadi sorg da'ie.Apatah lagi apabila merasakan diri sendiri belum cukup sempurna walaupun tahu tiada manusia yang sempurna.Tapi aku mahu mencari kesempurnaan itu.InsyaAllah.Setakat ini apabila kemungkaran berlaku di depan mata,hanya mampu mencegah di hati.Itulah selemah-lemah iman.Subahanallah...

Mungkin coretan ini berbaur kasar,tapi ketahuilah rakan-rakan yang aku tak tahu berpuitis.Lenggok bahasa aku mungkin tidak sedap di dengar,tapi ketahuilah aku hanya meluah dan bercerita.Cerita aku berdasarkan apa yang aku lihat dan alami seharian.

Sekian,terima kasih sudi membaca.!








No comments: