Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

November 3, 2011

cuti..semua org pulang ke kampung!

Assalamualaikum. wbt.Dan korang ape kabor?

Huh!belog tak berasap lah.Tak de citer HOT!hahahaha

btw,in the mood cuti dan raya.Eh jap je rasa.Rasa baru ag pose.eh eh sekarang da nak raya haji.aummm.tak sabar nak makan daging BBQ,sup tulang,rojak kateh etc.ahhhh...cepat lah.Rindu rumah walau baru seminggu meninggalkan rumah.

sunyinya kampus.cuti da bermula.semua org da pulang ke kampung.Tunggulah seminggu lagi uniza bakal riuh kembali!!

keyboard off!

October 16, 2011

A is not for APPLE,B is not for BALL anymore..

Wanna share something funny but really funny but reality!
kids nowadays....

October 14, 2011

Kenapa yak ROGOL saya?

Aku nak sahre something aku jumpa di fB pagi ni,


Kisah benar ini berlaku di US.


KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

October 9, 2011

kegunaan SHADES.


Shades ialah perhiasan terbaik tatkala mata anda bengakak bak mata zombie.

September 24, 2011

kasi HANGIN sungguh pagi-pagi!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

permulaan hari aku yang happy.Thanks JPA,kerana merealisasikan impian kami!

tak sempat nak happy go lucky pon.bad luck la pulak!!hentah sapa yang mendurjanakan aku.pegi tukar password emel aku.aisehh..emel tu LEGEND tu.kenangan dgn bekas boifren tuu!

hah..try nak reset balik password.at last account kena LOCKED.mahu nya aku kena tunggu 12 jam lagi baru bleh login balik.adehhh..

adehh.ada ke tanya WHAT IS THE NAME OF YOUR FAVOURITE BOOK.memang sah-sah aku lupa.emel zaman hang hebat berlawan dengan hang tuah.aduhh..

to.Yahoo..boleh kasi tau tak ape password adik gua tukar tuh?

p/s:siap la kau budak bertuah 2 org tu.

September 23, 2011

ee...berbulunye AKU!!!

Assalamualaikum w.b.t dan hai!

Memandangkan last year di kampus ni aku dapat menginap di apartment,banyak gak perkara yang membuatkan mata aku berbulu gak ahh bila tengok perangai certain housemate yang macam budak baru pas period.Yelah 1 rumah tu,ada student dari pelbagai kos dan semestinya aku tak kenal pon.Macam-macam perangai.Mula-mula tahankanlah dulu,lama-lama naik berbulu.

Apa yang buat aku berbulu sangat nie.Check this OUT bebeh!

1)Meninggalkan sisa makanan dalam sinki.Katanya geli nak kutip.Padahal yang tu jugak kau telan tadi.Memang geli sebab sisa dah berkulat dalam lobang.So,buangla sebelum makanan tu bertukar jadi haiwan.ahahahahahar

2)Perkara ini agak sensored.Guys boley skipped.
Buat ampaian macam dia sorang yang punya.Segala 'anak-anak' dia jemur one by one atas tali ampaian.Pastu orang lain nak jemur baju sakit hati tengok.Benda-benda kecik tu berderet.Macam tak reti beli hanger.Tak ekonomik!

3)Tatkala aku lena di buai mimpi,ada pulak suara haunted bernyanyi riang sayup-sayup ke telinga aku.Uh selaku pelajar last sem,semestinya kelas jam 8 TIADA.Diulangi TIADA.Maka waktu selepas subuh adakalanya di'spend utk rehat.Cewahh.Setelah berjaga malam membuat asaimen.Amatlah mengganggu minda dan perasaan apabila suara haunted itu memanggil2 rakan2 utk ke kuliah.dik!!SMS tak bleh kerr?Suara best macam Justin Bieber OK gak!ni HAREM.HAUNTED!

4)Ada species budak umah aku nie kaki tak kenal selipar.Yakni main rembat je selipar orang.Jap ag aku nak guna takde.Entah sape tak reti ukur kaki di selipar sendiri ni.kita kongsi umah je bukan selipar.please take note!

5)1 lagi perangai tak bleh blah housemate aku,tatkala waktu puncak orang nak pi mandi nak pi kelas.ada la mahasiswi harapan bangsa mana entah dok memberus baju dalam shower.Kat shower favourite aku plak tu.Dahla dinding lantai naik kulat tak nak tolong sental.Time aku nak mandi dia mencuci plak.Maaflah kalo aku merenung tepat ke mata kau tatkala kau kua shower.Rasa macam nk flush kepala pun ada!

6)Tak boleh  blah jugak perangai siswi bakal pemimpin negara mana entah ni.Waktu-waktu apartment aku air kena catu aritu,wujud jugak spesis manusia yang over hygenic.Air macam segan mati tak mahu kua,dia senang lenang cuci baju.Heyy..org lain nak buang air tak lepas.ko sesedap burger mCd basuh baju.haish!

dah ahh.tulis banyak-banyak nanti korang cakap aku kerek.taknak ah padahal aku cool jer.hahahhahahar.marah orang pon setahun sekali jer kan?kahkahkahkah.

*thanks for reading
**next time datang lagi
**keyboard ofF

September 22, 2011

dah masok ke belom?

Assalamualaikum w.b.t.

Kecohkan kat fb pasal layout baru.Aku?tak kesan tang mana pon,aku bukan pengguna tegar fb.Apa pon aku layankan saje.Benda dpt free org bagi guna.nak maki hamun buat ape.OK itu hal fb.

haish..awl sem gini poket kering mmg tak syok kan?nak belajar pon tak semangat kan?aishh ni belajar sebab duit ke hape.tak ikhlas betul.ape nak jadi ni sapikah.insaplah onsaplah.

ok sekarang ke giat update blog.2 BE tgh running.

*thanks for reading!
**keyboard oFF

September 8, 2011

New rate for topup and SIM starter pack.

Rakyat tidak perlu risau. Harga topup di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Bangla, Indonesia, Singapura dan negara-negara asia tenggara lain. Subsidi masih ditanggung kerajaan - Father of Sarcasm SMSKPP 7

Arab saudi silap umum tarikh hari raya.MALAYSIA??

Assalamualaikum w.b.t dan hai readers!!
Aku a lil bit terkejut jugak ttg hal ni.Iyalah kita kat Malaysia pon raya 30/8 macam Arab Saudi.Aku xdapat komen lebih-lebih sebab aku tak tahi sangat pasal kiraan anak bulan nie.Arap sesiapa yang pakar boley ulas hal ini.
Kat Arab Saudi sana,mereka tertukar bulan dengan planet Saturn(Zuhal) dan kat Malaysia pulak cne??
Jika kita silap jugak,means kena ganti puasa satu hari macam kerajaan Arab Saudi arahkan kat penduduk-penduduk dia.

So,sini ada 2 sumer dari Al-Jazeera.Sini dan Sini jugak.

Tidak ada tajuk.

*Thanks sudi jenguk-jenguk disini.
**ok bai!
***keyboard off

August 23, 2011

macam-macam hal lah kan?

Assalamualaikum w.b.t dan hallo!!!

Terkejut jap tadi baca paper.BAPA KELAR ANAK.Nauzubillah.Apa nak jadi pada manusia sekarang.Darah daging sendiri pon diperlakukan sebegitu.Tak kurang jugak kes ANAK SEMBELIH AYAH yang kecoh dulu.Dan yang pentingnya semua kejadian tu berlaku tatkala di bulan puasa.Mana perginya iman,sudah kelaut kah akal yang Allah kurniakan?

Anak itu satu anugerah.Bersyukurlah kamu Allah iakurniakan cahaya mata pada kamu.Ingatlah siket yang diluar sana ramai lagi tak beranak pinak even dah kawen 20 tahun.Dah macam-macam cara dibuat supaya diberi zuriat.Tapi bukan rezeki mereka tak ada anak sampai sekarang.Tapi yang ada anak tu plak senang lenang nak sembelih bagai anak tu.*Istighfar panjang-panjang

Pastu isu MURTAD.hurm aku tak nak ulas panjang-panjang tapi berdasarkan ilmu cetek aku ini,kes-kes macam ni tak kan terjadi kalau kita mengamalkan AJARAN ISLAM SEPENUHNYA.sebab ISLAM ialah tentang gaya hidup.Sebab kalau dilihat dan diselidik sekeliling kita,ada yang amek sikit je dari ajaran ISLAM YNAG SEBENAR.Ada yang amek setengah dan ada jugak mungkin KOSONG.Segala-galanya kalau kita kaji semuanya bermula dari seorang pemimpin.Tak kiralah dari peringkat keluarga,institusi pendidikan mahupun negara.

Oklah sekadar peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan jugak.Terima kaseh sudi baca.sekian~keY board off!

August 19, 2011

Syafiqah Nafis menentang amalan main mercun.

Assalamualaikum w.b.t

Pom Pom Pom bunyi mercun.Orang tak siap lagi jamah makanan bukak puasa dah ada orang main mercun.Warga-warga berusia yang tengah telan 2 bijik nasi dan seteguk air pon tersedak justeru mati sebab heart attack.bayi tengah menyusu boleh mati tersedak susu,abang hensem tengah gosok gigi boleh tertelan berus gigi.Yang tengah qada hajat,tahik tak jadi kua.euwwwww.Itik nak mengawan,hilang nafsu.huhu

Siasat punya siasat bapak orang ropanya.Memang berperikebinatangan.Kalau budak2 tak bersunat bolehla,marah-marah ugut nk sunatkan dengan gergaji.Dahnya bapak org?Nk ugut sunat kali kedua?Konfem dia suka.Ikutkan hati mahu je tepon abang sasa polis,tapi tak sampai hati sebab jiran.Kang esok lusa serang dengan parang plak.Bukan tak pernah terjadi macam tu.Alamaknya 24 jam umah polis kawal.Ala2 umah VIP.

Pengalaman aku dulu,tengah mandi nak bersiap pegi terawih.Cilakak punya budak ke bapak budak pegi campak mercun atas bumbung bilik air umah aku.Kita plak tgh kusyuk berus gigi,amek kau tergosok anak tekak sendiri.Pedih ngong!

Ye tak main mercun tak meriah,tak feel raya.Tapi dah sampai mengganggu ketenteraman awam,mengancam nyawa orang bek tok sah main.Pegi main mercun dlm utan.Lempar kat babi utan sana.tgk sape lagi laju lari.Kau ke babi?hahahahaha.Nak rasa lagi thrill sgt,ce baling mercun tu ke arah umah kau sendiri.Mak kau yang sihat pon boley mati.Bini kau mengandung 4 bulan pon boleh keguguran.Paling kurang kau hilang nyawa.Try la tak percaya.Ye sekadar hiperbola!!!

I'm against pemain mercun!!!!

*thanks for reading

**keyboard off

August 11, 2011

Kisah sejadah,telekung dan gelagat umat manusia|part 2

Assalamualaikum w.b.t dan hallo!!

 fiuhh..penat sgt nih.and skrg baru dpt peluang tekan-tekan keyboard buruk nih.almaklumlah jadi peniaga beserta pakej pembantu rumah ni memang tak menang tangan.

Fakte kes 1 aku dah bebel panjang semalam.tdo semalam sampai termimpi2 surau.*jgn percaya*.so,kita tgk fakta kes yang ke-2.

Perkara 2|telekung sembahyang di surau-surau
Apa kehal pulak pasal telekung nih???Ceritanya beginih,

Bila kwn2 kuar bejalan samada shoping or sekadar jln2 makan angin kwn2 bawak tak telekung or kwn2 redho je dengan telekung yg ada kat tempat kwn2 benti untuk solat samada masjid ataupun surau??

As for me,aku lebih suka bawak telekung bila kuar sebab tu aku krg gemar handbag kecik2.kdg2 beg kuliah pon aku bantai bila kua jenjalan.yes aku bkn lah jenis yg berjangok bagai.mana yg menyenangkan aku,aku capai.sebab tu aku sebelum kua 4 5 kali tukar baju dan seluar.1 lagi aku suka beg besar aku sebab aku suka sumbat je brg2 aku beli dlm beg.bio ler tak cool pon.

ok berbalik pd topik asal.kenapa aku lbh suka bwk telekung sendiri?antara salah satu sebabnya aku rasa korg pon bleh agak rasanya.

Dengan bau telekung yg tersedia(TYT) pernah membuat kan aku termuntah selepas solat.membazir pizza aku makan.rugik rugik!

Dengan TYT itu juga aku sering tak khusyuk solat.Solat cepat2 sebab tak tahan bau.Dan aku rugi lagi sebab tak dapat pahala kusyuk dlm solat.

Sebab TYT itu warna nya kuning dan kadang coklat serta adakalanya oren diseliling muka telekung. Agak meloyakan tekak dan sekali lagi membazir milo ais aku minum.rugik rugik rugik!

Dan akibat keayuan seorg perempuan mencoek lebihan eyeliner di matanya pd TYT.oh seperti TYT itu tisu mahupon tuala kecil.dan aku rugi lagi sebab tak dpt kelihatan remajew apabila apabila kua jenjalan sebab bawak beg besor mcm nak letak pempers anok.

Seterusnya,aku rasa mcm nk sekeh2 kepala mereke yg tak reti nk jaga kebersihan telekung kat surau.sesuka hati dia je wat telekung tu mcm tuala lap muka dia yg basah.dahla pakai foundation 4 inci.abeh melekat kat telekung.ko nak makeup setebal mcm org simen bata buat rumah pon makeup lah.make sure kau jaga kebersihan barang2 public yg dikongsi bersama.ok ttbe emo!!

Cuma aku nk cakap kat sini pasal telekung kat surau esp kat surau shoping complex yg kondisinya amat tak melambangkan agama Islam agama yg menyarankan kpd kebersihan.Yelah kalau pakaian kita utk beribadah pon teruk,can't imagine benda2 lain.Dan pada aku management shoping complex pon kena amek beratlah hal2 mcm ni.let say anta dobi ke telekung2 tu once a month.xbleh sebulan sekali 2 3 4 5 bulan sekali pon xpe.ni tak,semenjak bukak mall sampai kesudah asyik guna telekung berkulat hapak.huh.

heh..terlajak sudah.oklah kesimpulannya aku suka bila kua time xbleh solat.kih3.boley bergaya kelihatan bergaya gitu bawak henbag somel dan kdg2 lenggang je bawak purse sebijik!!

**thanks sudi baca.
***wassalam
****key board OfF

August 7, 2011

tunang VS kawen terus?kerja VS sambung belajar?

Assalamualaikum w.b.t dan hai3 semua.

Time flies so fast.baru je rasa jadi bdk 1st year yg skema berkasut ke kuliah.Kad metrik tergantung di leher.Sebulan je lagi dah jadi bdk last year.Excited!!Paling senior kat kampus excluding akak2 n abg2 masters.bila dah jd student last year,aku rasa aku dah kena pk ape aku nak buat bila dah grad lg setahun je lagi.dah stat plan hala tuju hidup kau.Cinta dan Cita-cita.dua dua kita nak kejar.Dunia mahupun akhirat.kena take into consideration.

Cinta|tunang VS kawen terus
If tanya aku tanpa mahu aku pikir faktor2 lain memang aku cakap kawen trus.Tapi bila pk soal kwgn terutamanya..baik tunang or kawen i need to postpone both.Sebab kalau ikut kebiasaan famly aku,tunang tak nak la lame2.paling lama pon 6 blan.6  bulan kalau dah si dia maseh belajar macam aku,bukan senang way nak cekau ribu riban nak kawen.anak tokey balak or tokey gula takpelah kot.tapi,aku?idak le kawan.kawan tahu teman special kawan tak harap duit org.tapi org kate,bercinta pon jangan lama.iye dop??so,paham2la ye teman spesel kawan tu kalau TER baca post ni.doa2 le xde nak tokey datang meminang teman.harharhar

Cita-cita|kerja VS sambung belajar
Aku pilih kerja walau dulu terPk nak sambung masters dulu.disebabkan aku ramai lagi adik2 tak abes belajar eh mestilah aku pikio nak kerja plus faktor CINTA tadi..bagi aku,if aku kawen taknak sesen mak aku kua duit.biole mak aku senang lenang nengok aku kawen.soal sambung belajar.Nanti dah stabil kewangan dan famly pon da stabil.InsyaAllah aku sambung.Nak cari ilmu ni tak kisah lah tua mana pon eventhough org akan cakap dah tua otak lambat siket nk blaja bnda baru.As for me tak,nk otak lampi ke cepi ke bergantung pd diri sendiri.bergantung dgn rutin kau.Kalo dah hari2 kau duduk je tnpa pk pape sah2 neutron dlm otak tak jalan.lame berkarat sana sini.Kalau kita niat nk cari ilmu sebab nk dapat nama,sebab nk lumba dengan org bagi aku,niat dah salah.bagi aku lah,org  lain lain hal nya plak.


Sebenarnya ini  post tetangguh.Sebelum puasa lagi sebenarnya.Akibat dah lama nak menaip entry panjang2,xde idea nak tulis.Selamat berpuasa dan selamat beramal ibadah ye readers.Thanks for reading and KeyBoard off.

August 6, 2011

Susulan rungutan penjual kuih bermotor

Assalamualaikum w.b.t dan hai u!!


Ingat tak semlam.Post Rungutan Penjual Kuih Bermotor.Hari ini disahkan  pak mat akan berhenti menjaja kuih muih di bulan puasa.bukan bermakna pak mat akan bukak gerai instead of menjaja dgn moto tapi berhenti terus tanpa notis.sobs3.so,aku pon xde tempat dah nak jual ketupat palas tu..

Erm short update jelah kali ni.Thanks sudi baca.

Wassalam

KeyBoard oFF

August 4, 2011

Rungutan seorang penjual kuih bermotor

Assalamualaikum w.b.t dan hai!!

Lega!mlm baru dapat curahkan kasih syg pd blog.Siang hari yg sibuk menyelesaikan itu ini.Alhamdulillah.
Tadi masa mak aku pegi beli kuih dan pergi amek bekas kuih kat pakcik penjual kuih bermotor terdapat kelesuan dan rungutan dari pakcik tu.Untuk pengetahuan semua pakcik nih dah menjual kuih pd hari2 biasa dan hari tak biasa seperti bulan ramadhan dah lebih 20 thun.seingat aku aku kecik2 umo 6 7 tahun aku dah pegi beli kuih kat pakcik ni nama dia pakcik mat.Jom ikutan keluhan pakcik mat.

"Dah hampir 20 tahun lbh jual kuih bln pose,taun ni paling tak best skali.Bayangkan taun2 lepas sume kuih abes dijual.Sebiasanya ketupat org hantar RM30 semua habis.Taun ni hantar RM20 pon tak abes,Kuih muih lain apetah lagi.tak bape laku" 

Tambahan pak mat lagi masa dia pusing2 kampung jual kuih banyak gerai-gerai tepi jalan dibuka.Yang mana tahun-tahun lepas tak ada pon.Ada pelanggan dia dulu pon ada bukak gerai jual kuih.Dan pakmat rasa kan ini mungkin salah satu faktor kemerosotan jualan dia.

So,pada pendapat aku semua ni terjadi apabila rmai yang mahu mencari duit lebih atau pendapatan sampingan berikutan kenaikan harga barang.Sapa nak deny harga barang tak naik dengan aku?Sapa nak argue dengan kau yang kenaikan harga barang oleh kerajaan is something for good?Dengan gaji yang tak ciput esp yang kerja kerajaan memang wajarlah dorang cari duit lebih.Rmai kakitangan kerajaan merungut,dornag keje kemain banyak tapi gaji ciput.Melihat kepada status negara maju Malaysia bagi aku takat gaji yang ada sekarang amatlah tak wajar.Bila lah agaknya kerajaan tak jalankan GAJI MINIMUM tu.

Betullah orang cakap rezeki masing2 kan.Biarlah sape pon nak jual ape pon kat mana pon asalkan tak buat taik kat peniaga lain.Tapi situasi sekarang nih perlu kita cakna memandangkan  ramai rakyat berlumba lumba buat keje sampingan.Kalo gaji dah cukup xde pon rmai2 nak berlomba berniaga mcm sekrg melainkan yang betul2 minat nk berniaga.Dan boleh kata aku salah seorang darinya.Yelah sejak abah dah xde aku tlg2 lah mak aku cari duit dgn berniaga.Alhamdulillah rezeki family aku kat berniaga jugak.Bukan xdpt pencen,tapi cukup jelah pencen tu dengan adik2 aku ada 3 org lagi bersekolah.

Akhir kata(mcam org ceramah),isu nih bukan perkara kecik sekarang.lebih2 lagi melibatkan periuk nasik rakyat.Bila melihat jangan pandang depan je,sekali sekala tgk prg belakang.Bila mendongak,jangan bangga dengan apa kita tengok di atas sana sebab cuba kita tunduk lihat kebawah masih ada lagi tak merasa naik kereta sendiri,masih ada lagi tak pernah menekan keyboard mcm kita,dan paling penting masih ada lagi tak merasa rumah ada sumber elektrik.Pikir-pikirkanlah wahai sahabat sekalian.Sekian.Wassalam.

P/s:sebelum puasa beli akok singgit dapat 2 bijik,sekarang 3 bijik RM2.hohohohoho.kenal dop akok?
keyboard Off.


August 3, 2011

macam-macam hal..

Assalamualikum w.b.t dan hai peeps..
Ni posa ke tak ni?Tu nampak cili kat gigi tu..eh yang sahur?kantoi tak gosok gigi kau nih.harharhar..

Bape jam je aku offline.macam-macam citer kuar,meletops sana sini.sebagai insan yang gemar tahu hal-hal semasa(eh mmg kena tahu ape!) rajin la aku stalk,blogwalking sana sini.alamak busy body la pulak aku nih.dah namanya celeb mesti aku nak tahu.kih3..kisah putus tunang keeper no1 malaysia tak abeh-abeh lagi ropanya.takpelah pesanan aku kat deme,alah malu tu sekejap je.lame2 nanti org penat mulut dok ulas hal same.diam ler.tak gitu mak temah?

kita nak ambek tahu hal org,tapi jngan lupa hal-hal macam ni bukan sekadar jadi topic hot mesyuarat tingkap or tajuk borak2 sambil minum teh..arap2 jadi pengajaran dan iktibar utk kita.take note sikit ye cik esah ye.jap ag kalo tak kamu,anak-anak kamu nak bertunang n berkahwin.Nak buat pape tu bialah berpada-pada.Kalau dlm Islam pon di syariatkan agar tunang tu tidak dihebohkan supaya tak menjadi fitnah.So ape yg Islam ajarkan tu benar-benar ada hikmahnya.Aku bukanlah mahu backup sape2 sbab dlm hal ni.msg2 ada silapnya.So both ke setel leklok dan if ada mana2 silap mintak maaf sebab dah melibatkan maruah family.

Benda ni pon jadi peringatan pada aku.Bukan semua laki suka hal-hal peribadi dicanang.Dan bg aku skarang aku lebih suka dok diam-diam.mana aku nak citer,aku citer just pd teman rpat dan family.Bukan ape,kalo tak jadi,kan malu mak ayah.(eh bkn malu tu sekejap je ke?hahahha)Paling jahat aku menangis 7 hari 7 mlm pastu buat ayat sadis di FB.huhuhu.tapi tu dulu,sekarang kena low down benda-benda mcam tu sebab rasa rugi asyik nak emo je.

Terlebih suda aku bebel(kan dah kate kuat leter aku nih).I myself kalo bleh xmo tunang.kalo TERpaksa tunang(ada ke mcm ni??) tak lebih 6 bulan.Tu kebiasaan family aku,Stat dr mak sampai makcik aku dan aku dan adik2 pon gitu la jugak kekdahnya.

Udah-udah la tu bebel.So,selamat berbuka dan selamat berterawikh.da da da.Wassalam

keYboaRd ofF bebeh!