June 28, 2011

24 Wanita Solehah

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah.masih deberi peluang untuk bangun pagi walaupun semasa mak mengetuk pintu bilik tadi hanya mampu menyahut dengan "erm" sahaja.Tapi mak saya mmg tak putus asa,selagi dia tak dengar saya bukak pintu bilik selagi itu dia panggil nama anak-anak dia sampai bangun.Kadang-kadang ketuk dinding.Rumah kayu,mana tak bingitnya.bung bung bung.Silap-silap jiran ingat nak pecahkan rumah.hahah.Tapi saya tak kisah,sebab mak nak semua anak dia bangun subuh.Thanks mak!Mak wanita solehah kan mak??


Mana ada orang cakap mak dia jahat kan?Walau terbukti jahatnya mak dia.Sebagai anak tetap nak cakap mak baik kan?Tak ada mak,tak ada lah kita kat dunia ni.Sebab pagi-pagi dah celoteh pasal mak.Mak kita plak perempuan.(kalo ada cakap mak dia lelaki saya tak tahu,mungkim mak nyah..kidding).Meh kita check sifat-sifat wanita solehah.Dan menerusi pembacaan beta,sifat-sifat yg tertulis di bawah lebih ditujukan kepada wanita bergelar mak.mama.mom.mummy,amma etc..Beruntunglah sape bergelar IBU.

  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

sumber<------klik sini

**Erm terasa jugak nak buat post sendiri tapi kurang idea.Kalau ada pon idea krg bernas.Untuk sementara entry macam ni pon okay la kan kawan-kawan.

key board off

2 comments:

Miecyber said...

Isteri solehah adalah idaman semua lelaki...

Mesin ATM Untuk Ikan Di Pulau Tioman

Syafiqah Nafis said...

Miecyber

Suami soleh pon idaman semua wanita..
tq sudi baca