June 27, 2011

golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan diseksa

assalamualaikum w.b.t.

korang senua sihat walafiat?alhamdulillah moga-moga Allah bagi saya kekuatan untuk terus berpuasa hari ni.Almaklumlah kadang-kadang saya bukan macam orang lain,kesihatan kurang memuaskan.Eh dah bunyi macam nenek-nenek bercakap.Tapi muda atau tua bukan menjamin kesihatan dan umur yang panjang. Oleh itu (macam dalam esei sekolah,skema),beringatlah kita mahupun tua atau muda. 

Untunglah kita jika di akhirat kelak jika kita dapat masuk syurga free-free je.Maksud saya kat sini,tanpa dihisab dan diseksa. MUdah0mudahan saya tergolong dalam golongan ini.amin.


Empat golongan yang masuk syurga tanpa dihisab atau diseksa:


"Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu? Mereka ialah:
  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini. Untuk itu:

  1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
  2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
  3. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
  4. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla. Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.

WAllahu Ta`ala A`lam.

**Macamna cerita kat dalam tv sekarang tu.Sikit-sikit kalau cerita seram mesti nak jampi-jampi panggil roh segala.Bukankah syirik ke tu??Budak-budak kecik sekarang pon dah pandai,buat pape sikit nak jampi-jampi.sebab terpengaruh dengan tv.Bg saya cerita-cerita macam tu kakau nak siar pun mesti ada batasnya dan mengikut perspektif Islam.