June 26, 2011

sayangi diri sendiri dan sayang keluarga|tanda-tanda awal kematian

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah dipanjangkan umur saya lagi setakat ini.Tapi tak tahu lah kuasa yang Maha Esa mengatasi segala-galanya.Manalah tahu entry ini menjadi entry terakhir saya,ataupun entry kedua terakhir ketiga terakhir dan seterunya.Moga Allah panjangkan umur saya.Ah byk lagi kekurangan dalam diri.Amal ibadah pun belum dirasakan cukup untuk dibawa bekal ke alam seterusnya.


Tapi Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang kan?Allah tidaklah kejam dalam urusan menarik nyawa hambaNya.Lebih-lebih lagi pada yang beriman dan beramal soleh.Allag bagi signal pada hambaNya supaya bersedia mengahdapi saat-saat kematian.Cuma antara kita sedar atupun tidak.Bagi mereka yang beriman,tanda-tanda awl kematian ini dapat dirasai.Bagi mereka yang ingkar,mereka merasakan tanda-tanda ini sebgai perubahan yang biasa.



Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

**Kisah benar ketika arwah abah saya meninggal dulu.Semua tanda-tanda ini ahli keluarga saya dapat rasa terutamanya mak saya.Masa tu,saya sendiri tak dapat terima kenyataan bahawa abah akan pergi buat selama-lamanya.Tapi oleh sebab saya dah dapat rasa dengan melihat tanda-tanda awal seperti dinyatakan,saya menjadi lebih redha bila arwah telah tiada.
**Hampir 3 tahun arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga.Tanggal 20 Julai nanti genap 3 tahun.
**Arwah sempat menghantar saya ketika sesi pendaftaran di universiti.3 minggu selepas itu,arwah pergi meninggalkan kami.Arwah tak sempat menghadiri majlis konvokesyen kami adik-beradik.Arwah tak sempat melihat anak-anaknya berjaya.
**Semoga roh Abah dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang-orang beriman.
al-Fatihah.


sumber
keyb0ard off.

2 comments:

dillataib said...

Al-Fatihah.~
eventhough he doesnt get the chance to see all the success his beloved daughters and sons are getting,
i'm pretty sure he will be really proud of all of u.
what u do now,i mean,spreading the beauty of Islam,
insyaAllah will help him there in a way that we dont really know.

may Allah bless him.:)

Syafiqah Nafis said...

haih..org korea dtg..
Thanks for ur nice words...i'm just trying to fill my 'blank' holidays with sumtin like this..collect 'saham' utk akhirat..
btw,thanks for reading.