Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat hari raya,Maaf zahir batin kepada semua readers/bloggers yang sudi membaca blog aku.
Memandangkan aku ada sidikit ruang waktu yang lapang selepas dah hantar dokumen untuk proposal defense, maka aku tak cerita sedikit tentang TTC journey aku yang tak pernah terhenti lagi setakat ini. Walaupun mungkin dah lama aku tak menulis ttg TTC journey aku kat sini, untuk kali ni aku rasa aku nak berkongsi apa yang terbaru tentang perjalanan TTC aku.
Dipendekkan cerita, selepas dah alami beberapa sesi rawatan dan nasihat dari pakar di klinik swasta, suami minta kami buat rawatan di hospital kerajaan pulak. Dr.Zul (pakar o&g) yang merawat aku pun suggest utk teruskan di hospital gov sbb kekangan fasiliti di.klinik beliau.
Makanya, pada bulan Oktober tahun lepas aku dan suami ke klinik kesihatan harian. Mengikut prosedur rawatan di hospital gov, mula2 sekali kena daftar di klinik kesihatan terdekat.Aku ke klinik kesihatan Pdg.Luas.
Mula-mula sekali kena interview dgn MO. Agak segan sebab MO lelaki. Tapi kena hadap sbb yelah kita nak anak. Nak demand mcm pegi private, siapa nak layan kan?
No comments:
Post a Comment